Gaya HidupKerjaya

Minat Berhias? Kursus Kosmetologi Mungkin Untuk Anda

Kosmetologi merupakan kajian dan penggunaan rawatan kecantikan. Dari rambut berpakaian untuk kosmetik dan rias tangan / kuku serta rawatan kaki dan terapi urut. Ia ideal untuk sesiapa sahaja yang sedang mempertimbangkan bekerja dalam industri kecantikan dan industri. 

Menurut Presiden Pertubuhan Kesihatan dan Spa Malaysia (MAWSPA), Dr Baskaran Kosthi industri ini sangat memberangsangkan. Jika anda bertauliah, anda akan bermula sebagai ahli terapi junior dan naik menjadi ahli terapi senior, pelatih, penyelia, pengurus, pengarah spa, pengarah kumpulan spa dan akhirnya pemilik spa.

Di kawasan bandar, ahli terapi boleh memperoleh pendapatan yang lumayan sehingga RM5000 sebulan dan kini permintaan ahli terapi lelaki turut meningkat dalam sektor ini, beliau menggalakkan kaum lelaki menceburi bidang ini.

Masyarakat kadangkala memandang remeh dan mudah dengan minat orang muda dalam industri ini. Namun sebenarnya ia tidak semudah yang disangkakan.

Dr Baskaran telah melihat beberapa orang yang hanya mengikuti kursus tiga hari untuk membuka spa dan mendapat pinjaman dari ibubapa sebanyak RM50,000 mereka terus terjun membuka perniagaan akhirnya harus tutup kerana tidak ada pekerja yang mahir.

Menjadi ahli terapi kelihatan mudah dan bagi yang berduit melihatnya sebagai perniagaan yang enteng. Walau bagaimanapun, Dr Baskaran menasihati orang muda yang berminat dalam bidang ini untuk mengetahui selok-belok perniagaan dengan berkerja sekurang-kurangnya lima tahun dalam industri sebelum membuka perniagaan sendiri.

Kursus Kosmetologi ini ditawarkan di kolej vokasional dan ada juga di dalam talian untuk menambah lagi ilmu di lapangan.

Show More

Related Articles

Back to top button