Isu SemasaTempatan

Cabaran Membina Empayar Pusat Penghantaran Barang Pada Usia Muda

Mail Boxes Etc (MBE) merupakan pusat sehenti bagi perkhidmatan kurier seperti DHL, PosLaju, dan TNT. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan pembungkusan pekej, penghantaran, percetakan dan fotokopi yang ditujukan kepada usahawan dan perusahaan sederhana kecil (PSK).

Cawangannya boleh dijumpai di kawasan yang mudah di akses oleh pelanggan seperti di pusat beli belah, stesen petrol dan lot kedai.

Muda tetapi yakin

Gambar oleh The Star

Syarikat ini mula ditubuhkan pada 1980 di Amerika Syarikat. Brian Chow, yang baharu sahaja pulang dari negara itu pada 2001, melihat potensi dalam pasaran Malaysia untuk membuka sebuah cawangan di sini.

Walaupun begitu, beliau hanya berusia 21 tahun dan tiada pengalaman dalam industri. Chow pada ketika itu berdepan dengan cabaran untuk meyakinkan pihak MBE bahawa beliau mampu mengurus dan memperkembangkan jenama MBE di Malaysia.

Proses perundingan telah mengambil masa yang lama. Chow perlu membuktikan kepada MBE bahawa pasaran Malaysia sudah bersedia untuk perkhidmatan seperti ini.

“Pada awal tahun 2000, perkembangan e-dagang sedang berlaku di AS. Sebab itulah MBE berjaya di sana. Saya telah jangkakan perkara itu bakal berlaku di Malaysia dan akan terdapat permintaan untuk pusat sehenti yang menawarkan akses kepada kurier, perkhidmatan pembungkusan dan sebagainya,” katanya.

Pada tahun 2003, Chow akhirnya mendapat lesen untuk membuka sebuah francais di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Perjalanannya bukan senang kerana Chow perlu berunding bersama rakan kongsi kurier tempatan. Selain itu, beliau mendapati ia sukar untuk mengekalkan saiz kedai sebesar 1,200 kaki persegi jika beliau ingin meluaskan perniagaan kepada kawasan kedai lain.

Chow terpaksa mencari cara untuk menawarkan perkhidmatan dalam kawasan yang lebih kecil tanpa mengorbankan kualiti perkhidmatan.

“Kini, cawangan kami boleh ditemui dalam pelbagai saiz, terdapat saiz sekecil 500 kaki persegi dan juga ruang kiosk di stesen petrol,” katanya.

Memanfaatkan e-dagang

E-dagang mula menguasai pasaran Malaysia sejak lima tahun lalu dan sejak itu MBE Malaysia telah menampakkan berkembangan besar dalam perniagaan.

Pada awalnya, mereka hanya membuka satu atau dua cawangan setiap tahun. Selepas 2013, mereka meluaskan perniagaan sebanyak 10 hingga 15 cawangan setiap tahun. Pada tahun lepas sahaja, MBE telah membuka 18 cawangan.

Terkini, MBE mempunyai 92 cawangan di seluruh Malaysia dan pada tahun lepas merekodkan hasil sebanyak RM30 juta.

Langkah seterusnya

Gambar oleh The Star

Menurut laporan The Star, pada awal bulan ini, syarikat kurier tempatan GD Express Carrier Bhd (GDex) mengumumkan bahawa mereka bakal memperolehi syarikat MBE dengan harga RM5.5 juta.

GDex merancang untuk meningkatkan kecekapan MBE, melancarkan platform digital dan meningkatkan akses kepada lebih ramai pelanggan.

Chow yang kini berumur 38 tahun berharap dapat menggunakan kepakaran GDex dari segi inovasi dan menyediakan kemudahan bagi membantu MBE memperluaskan perniagaan.

Dalam dua tahun seterusnya, MBE akan memberi lebih fokus kepada memudahkan komunikasi di antara francais MBE dan GDex.

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker