Isu SemasaTempatan

Kekeliruan Dan Salah Anggap Terhadap GST

Bermula 1 April 2015, cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah pun menggantikan Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%) di Malaysia. Ia merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.

Transformasi pencukaian yang diperkenalkan oleh kerajaan ternyata memberi kesan positif kepada pendapatan negara. Berdasarkan Buku Hasil Kerajaan Persekutuan 2017 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, hasil cukai sumber tertinggi pendapatan kerajaan iaitu sebanyak 82.2%, bersumberkan hasil cukai langsung sebanyak 55%.

GST adalah sistem percukaian yang lebih telus kerana barangan dan perkhidmatan di bawah kategori GST berkadar standard akan dikenakan cukai sebanyak 6% pada setiap peringkat di rantaian pembekal. Kesemua pihak kecuali pengguna akhir layak menuntut kembali kredit yang telah mereka bayar untuk GST yang juga dikenali sebagai cukai input.

Walaupun hampir empat tahun pelaksanaannya, masih wujud kekeliruan dan salah anggap daripada rakyat Malaysia terhadap sistem percukaian ini. Berikut adalah salah anggap masyarakat terhadap GST:

1. GST menaikkan harga barang

Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan GST semata-mata malah pelbagai faktor lain turut mempengaruhi.

GST dilaksanakan kerajaan bagi menentukan segala hasil yang dikutip daripada peniaga secara sistematik dan efektif berbanding dengan kutipan 10 peratus semasa SST yang kurang efektif dan timbul banyak masalah dalam ekonomi.

Dengan pelaksanaan GST, peniaga juga tidak dapat menaikkan harga barang sesuka hati kerana tindakan terbabit dapat dikesan dan dikenakan denda di bawah akta kawalan harga dan anti pencatutan. Selain itu, lebih 500 produk telah dikecualikan daripada GST.

2. GST meningkatkan kos sara hidup  

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, GST bukan punca utama kenaikan kos sara hidup sebaliknya turut disumbang oleh faktor lain. Punca utama yang meningkatkan kos sara hidup adalah masalah kekangan bekalan dan juga pendapatan yang kurang daripada kos sara hidup.

3. GST menyebabkan inflasi

Sebelum GST diperkenalkan kadar inflasi negara adalah 8.4 peratus. Inflasi kemudiannya menurun kepada 2.1 peratus pada 2015 apabila cukai itu dikuatkuasakan diikuti 2.1 peratus pada 2016, 3.7 peratus pada 2017 dan setakat Februari ini, inflasi turun kepada 1.4 peratus.

4. GST membebankan golongan berpendapatan rendah

Tidak semua barang dikenakan GST. Barangan keperluan harian yang menjadi keutamaan pengguna berpendapatan rendah seperti bahan makanan asas dan bahan makanan belum diproses, adalah dikecualikan GST. Hasil daripada GST pula akan diberikan dalam bentuk bantuan kepada golongan ini melalui pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker