Gaya HidupMakan & Minum

Fuwari Cheesecake Kini di Malaysia!

Jepun memang terkenal dengan kek keju yang lazat, lembut dan gebu.

Kini, Fuwari, jenama cheesecake terkenal yang berasal dari Toyohashi, Jepun boleh didapati di Midvalley, Kuala Lumpur.

Kepada sesiapa yang pernah melancong ke Jepun, anda mungkin pernah merasa kek kegemaran ramai ini. Sekarang anda tidak perlu lagi melancong jauh-jauh untuk mencubanya kerana Fuwari telah membuka cawangan pertamanya di sini.

Dalam bahasa Jepun Fuwari bermaksud ‘gebu’ dan ia cukup sinonim dengan rasa kek ini. Kek keju mereka dibakar dalam acuan kertas kecil dan dijual dengan harga RM5.90 setiap satu.

Gambar oleh Fuwari Malaysia

Cheesecake klasik Fuwari terdiri daripada 3 jenis iaitu golden melted cheese, light sponge dan crunchy crumble.

Gambar oleh Fuwari Malaysia

Anda boleh menikmati kek keju bakar ini mengikut cita rasa anda, sama ada panas, sejuk ataupun beku.

Kek keju Fuwari boleh dipanaskan semula di dalam ketuhar untuk dimakan panas-panas atau dibekukan di dalam peti ais untuk menjadikannya sebagai aiskrim.

Fuwari Malaysia

Masa Operasi: Selasa – Ahad: 10 pg-10 mlm. (Tutup pada hari Isnin).

Alamat: FK-06, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur

Laman web: Fuwari Malaysia

Tel: 03-6140 2430

Show More

Related Articles

Back to top button
Close