Gaya HidupPercutian

Elakkan Minum Alkohol, Tidur Ketika Penerbangan

Seorang ejen pelancongan Nepal yang terselamat dalam sebuah nahas pesawat beberapa minggu lalu, menegaskan penumpang patut mengelakkan mengambil  minuman beralkohol semasa penerbangan. Selain itu, elakkan daripada tidur semasa mendarat serta berlepas.

Dayaram Tamrakar mengimbas kembali situasi itu daripada katil hospitalnya,  bagaimana dia berjaya keluar daripada tempat duduknya, memecahkan pintu kecemasan serta membantu penumpang lain kerana dia dalam keadaan sedar ketika itu.

“Ketika kejadian itu berlaku, saya mampu berpaut kuat pada kerusi, dengan pantas melepaskan tali pinggang keledar sebelum bangkit dari tempat duduk serta sanggup membuka pintu kecemasan.  Semua ini kerana saya dalam keadaan sedar ketika itu,” kata Tamrakar.

Sambil menambah bahawa dia sempat membantu penumpang lain. Di hanya memutuskan untuk melompat keluar daripada pesawat tersebut apabila terdapat kebakaran.

Menurut akhbar Washington Post, Tamrakar merasakan bahawa tindakan pantas beliau dan penumpang-penumpang lain memecahkan pintu kecemasan yang membuatkan mereka berjaya menyelamatkan ramai nyawa.

“Apabila ada yang mengatakan terdapat kebakaran, saya fikir sudah tiba masanya untuk kami meninggalkan pesawat tersebut. Ketika saya melompat turun dan melihat ke belakang, kelihatan bahagian ekor sudah terbakar, ” kata beliau mengimbas kembali kejadian malang itu.

22 orang telah selamat manakala 49 orang lagi telah terbunuh dalam nahas tersebut.

“Tentera dan perkhidmatan kecemasan juga pantas bertindak; hal ini juga banyak membantu menyelamatkan ramai penumpang. “

Lapangan terbang antarabangsa Kathmandu mempunyai sebuah kem tentera yang menyediakan perkhidmatan kecemasan dan keselamatan bila-bila masa sahaja ia diperlukan.

Tamrakar berkata sebelum pendaratan, dia menyedari pesawat tersebut telah terbang terlalu rendah dan ramai penumpang menjerit sebelum pesawat itu terhentak ke bumi.

Dayaram Tamrakar selepas nahas

“Ketika itu, ramai yang  meminta bantuan dan berdoa. Saya terdengar beberapa orang mengatakan Allah, Allah,” jelasnya.

“Selepas nahas terbabit, keadaan menjadi agak kelam kabut  dan mengelirukan.”

“Saya bersyukur kerana saya masih bernyawa walaupun terdapat beberapa orang rakan saya yang telah menemui ajal,” katanya.

Beliau merupakan salah seorang peserta di dalam sebuah rombongan pengusaha pelancongan di Nepal yang telah diterbangkan oleh syarikat penerbangan ke Bangladesh untuk memenangi anugerah.

Kebanyakan mangsa nahas masih dirawat di hospital. Pihak berkuasa menerangkan bahawa mangsa yang terselamat dan yang mati mempunyai luka terbakar teruk yang membuatkan sukar untuk ahli keluarga mengecam identiti mangsa.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker