AntarabangsaIsu Semasa

Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand (MNZFTA)

23 Oktober 2009 merupakan hari yang bersejarah bagi Malaysia dan New Zealand apabila kedua-dua negara mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dengan menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia- New Zealand (MNZFTA).

Mula dikuatkuasakan pada 1 Ogos tahun berikutnya, MNZFTA merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala yang ketiga ditandatangani oleh Malaysia bersama negara luar selepas Jepun (2005) dan Pakistan (2007).

Perjanjian ini juga merupakan mercu tanda penting dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.

Sebelum penandatanganan MNZFTA, Malaysia dan New Zealand sudah pun menjalinkan hubungan tradisi yang baik.

Buktinya adalah apabila jumlah perdagangan kedua-dua pihak menyaksikan peningkatan dua kali ganda di antara tahun 2006 sehingga 2008 dengan nilai RM 6.15 bilion.

Berikut adalah perkara-perkara yang tertakluk di bawah MNZFTA:

1. Peruntukan Awal

2. Perdagangan Barangan

3. Peraturan Asal

4. Prosedur dan Kerjasama Kastam

5. Pemulihan Perdagangan

6. Langkah Sanitasi dan Fitosanitasi

7. Halangan Teknikal kepada Perdagangan

8. Perkhidmatan Perdagangan

9. Pergerakan Orang Perseorangan (MNP)

10. Pelaburan

11. Harta Intelek (IP)

12. Dasar Persaingan

13. Kerjasama Ekonomi

14. Ketelusan

15. Peruntukan Institusi

16. Penyelesaian Pertikaian

17. Pengecualian Umum

18. Peruntukan Akhir

 

BIDANG-BIDANG KERJASAMA MALAYSIA – NEW ZEALAND

MNZFTA menyaksikan kerjasama di antara kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang penting.

Antaranya adalah:

– Pendidikan: Kerjasama untuk membangunkan perkongsian awam dan/atau swasta, mempromosikan rangkaian, persefahaman bersama dan hubungan kerja yang rapat.

– Perhutanan: Kerjasama dalam latihan, penyelidikan dan pembangunan.

– Sektor Kesihatan: Melaksanakan pertukaran maklumat, lawatan sambil belajar, atau latihan dalam negara bagi menetapkan prestasi organisasi dalam sektor kesihatan, termasuk memastikan akauntabiliti kewangan dan mengukur keberkesanan perkhidmatan.

– Bioteknologi: Mempromosikan rangkaian komersial dan hubungan kerjasama rapat perniagaan dalam bidang bioteknologi dan proses industri yang berkaitan.

– Industri Pembuatan: Kerjasama dalam pembangunan perkongsian swasta dan komersial dalam teknologi kejuruteraan termasuk mereka, pembaikan dan penyelenggaraan, pembangunan lapangan terbang dan sistem kawalan darat, serta projek-projek komersial dan perumahan.

 

MALAYSIA LOKASI PILIHAN AHLI PERNIAGAAN NEW ZEALAND

Susulan pemeteraian MNZFTA, Malaysia telah menjadi lokasi pilihan ahli-ahli perniagaan New Zealand, bukan sahaja dalam perdagangan dalam negara, tetapi juga sebagai hab di rantau Asean.

Perdagangan bebas turut mendorong dan meyakinkan lebih banyak syarikat New Zealand untuk mengembangkan operasi mereka ke Malaysia memandangkan isu-isu perdagangan dan pelaburan dapat ditangani menerusi perjanjian ini.

Dalam pada itu, hubungan sedia ada Malaysia dan New Zealand mengutamakan bidang pendidikan dan pelancongan.

Malaysia merupakan salah satu daripada lapan rakan niaga terbesar New Zealand sekali gus menjadi pasaran penting kepada negara itu.

Dari aspek pendidikan, Malaysia mencatatkan jumlah penuntut peringkat doktor falsafah (PhD) yang ramai di New Zealand.

 

PENINGKATAN JUMLAH DAGANGAN 10% MENJELANG 2020

Jumlah dagangan Malaysia-New Zealand dijangka akan menyaksikan peningkatan sebanyak 10% menjelang tahun 2020 menerusi MNZFTA.

Kedua-dua negara turut melaksanakan komitmen masing-masing dengan baik, dan ini termasuk pemansuhan tarif, liberalisasi perkhidmatan, layanan pelaburan, pewujudan rangka kerja, dan mekanisme institusi untuk pengursan perjanjian tersebut.

Bermula 1 Januari 2016, New Zealand telah menghapuskan 100% import duti import mereka, dan ini bermakna bahawa duti bagi semua barangan adalah pada 0%.

Pada tahun itu juga, eksport utama ke New Zealand adalah barangan-barangan seperti petroleum mentah, produk elektronik, besi, plastik dan juga minyak sayuran.

Barangan import utama pula adalah makanan yang diproses, produk pertanian, kertas dan pulpa, petroleum mentah, serta produk kimia.

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker