Isu SemasaTempatan

150 Kanak-Kanak di Malaysia Terjebak Dalam Industri Seks Setiap Tahun

Sekurang-kurangnya 150 kanak-kanak dipaksa terjebak dalam industri seks di Malaysia setiap tahun, menurut sebuah kajian.

Menurut kajian yang bertajuk Global Study on Sexual Exploitation of Children In Travel and Tourism (SECTT), kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi kebanyakannya merupakan warganegara Malaysia, Indonesia, Thailand dan India yang dikurung dalam kos perumahan rendah di kawasan bandar. Mereka diletakkan jauh dari pusat pelacuran supaya tidak dapat dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Eksekutif ECPAT Internasional Dorothy Rozga

Kajian tersebut dilakukan oleh End Commercial and Sexual Exploitation of Children (End CSEC). Pengarah eksekutif ECPAT Internasional, Dorothy Rozga berkata Malaysia telah dikenal pasti sebagai destinasi pemerdagangan seks wanita dan kanak-kanak yang berasal dari negara lain.

Antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pusat transit (kepada UK, negara dan negara Asia Tenggara) adalah kemudahan pelancongan, prosedur visa yang mudah dan senang untuk melintas sempadan, kata Rozga.

“Seperti negara lain di Asia Tenggara, pelancong yang masuk ke Malaysia sedang meningkat.

“Satu bukti kukuh dari SECTT di Malaysia adalah Richard Huckle – pelancong muda yang didakwa menyasar, dan mengeksploitasi 200 kanak-kanak di Malaysia, termasuk bayi.”

Melancong untuk mencari kanak-kanak

Rozga berkata perkara ini adalah keburukan perkembangan sektor pelancongan.

Walaupun industri pelancongan kini telah membantu ramai keluar daripada kehidupan miskin, beliau memberi amaran bahawa terdapat ramai pelancong yang melancong untuk mencari peluang mengeksploitasi kanak-kanak yang terdedah.

“Kami bercakap tentang pesalah yang disebabkan mereka jauh dari rumah, komuniti, negara, rantau dan benua mereka, mereka menganggap mereka tiada nama (anonymous).

“Mereka beranggapan bahawa anonymity memberi mereka tahap pelindungan tertentu dan mereka tidak akan ditangkap.

Tambah beliau, pesalah tidak semestinya pelancong domestik atau antarabangsa.

Menurut laporan Free Malaysia Today, walaupun mereka mempunyai maklumat anekdot yang melibatkan beribu kanak-kanak di rantau ini, mereka tiada angka yang tepat.

Oleh itu, Rozga berkata perlu ada banyak pelaburan dalam kajian dan data tentang eksploitasi kanak-kanak di dalam sektor pelancongan kerana semakin ramai kanak-kanak berisiko terjebak dengan perkara ini.

Kelemahan sistem keadilan jenayah

Ia dilaporkan bahawa kebanyakan aduan tentang mangsa eksploitasi kanak-kanak di Malaysia tidak berjaya didakwa akibat kelemahan dalam sistem keadilan jenayah.

Pesalah seks kanak-kanak selalunya menggunakan samaran sebagai pekerja sukarelawan atau pekerja di institusi sekolah, gereja, rumah anak yatim, kelab sukan dan NGO.

Melatih pekerja hotel mengenal pasti mangsa eksploitasi

Rozga juga merayu sektor swasta untuk bantu membendung pemerdagangan kanak-kanak, memetik contoh kakitangan syarikat penerbangan antarabangsa yang dilatih untuk mengenal pasti pesalah seksual dan juga Novotel Hotel yang telah melatih lebih daripada 100,000 pekerja bagaimana cara untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berada dalam bahaya.

“Bayangkan jika sektor swasta di Malaysia dapat menggunakan cara ini sepenuhnya. Mereka boleh bekerjasama untuk melindung anak-anak negara,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker