FesyenGaya Hidup

Persahabatan Audrey Hepburn, Givenchy Tercatat Dalam Sejarah Fesyen

Siapa sangka pertemuan mereka akan menjalin hubungan persahabatan yang tercatat dalam sejarah fesyen.

Walaupun begitu, persahabatan erat di antara Audrey Hepburn dan pereka fesyen Hubert de Givenchy hampir tidak terjadi.

Pereka fesyen Perancis itu pada mulanya telah menolak permintaan pelakon muda kelahiran Belgium tersebut ketika mereka bertemu pada tahun 1953.

Gambar oleh Getty Images

“Apabila Audrey meminta saya mencipta beberapa gaun untuk filem Sabrina, saya tidak kenal siapa dirinya. Saya fikirkan beliau ialah Katharine Hepburn.

“Kemudian beliau tiba, begitu anggun, muda dan personaliti bergelora, berpakaian seperti gadis-gadis muda zaman sekarang,” kata Givenchy.

“Beliau memakai seluar cotton, kasut ballerina dan sehelai T-shirt yang menampakkan pusatnya, bersama topi Venetian gondolier di tangannya.”

Menurut AFP, Givenchy baharu sahaja melancarkan label pakaiannya pada tahun sebelum itu.

“Kedudukan saya tidak membenarkan saya untuk mengambil projek besar membuat pakaian untuk filem Sabrina dan saya memberitahunya saya tidak boleh membuat pakaian untuknya,” kata Givenchy sambil menambah beliau tidak mempunyai tukang jahit yang banyak di dalam studio.

Namun, Hepburn tidak boleh menerima kenyataan tersebut lalu menjemput Givenchy untuk makan malam, “Pada masa itu perbuatan itu dianggap mengejutkan, seorang gadis muda yang dibesarkan dengan baik untuk berbuat sedemikian”.

Sepanjang makan malam, Givenchy terpengaruh dengan daya tarikan Hepburn dan akhirnya menjemput Hepburn untuk datang ke studionya di Paris.

Gambar oleh Getty Images

Di dalam filem Sabrina, Hepburn memakai gaun ivory dihiasi sulaman bunga hitam yang direka oleh Givenchy . Gaun tersebut telah menjadi perbualan ramai di dalam sejarah perfileman.

Sejak itu, Audrey telah meminta pereka fesyen tersebut untuk mencipta kesemua pakaian bagi setiap filem yang dibintanginya

Gambar oleh Getty Images

Pada tahun 1954, Audrey memakai gaun Givenchy untuk menerima anugerah Oscar untuk filem Roman Holiday.

Givenchy yang sering menyifatkan pelakon terkenal itu sebagai ilhamnya, telah mereka pakaian untuk Hepburn sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1993.

Hepburn telah berkata, apabila dirinya memakai pakaian rekaan Givenchy beliau berasa seperti dirinya yang sebenar.

“Givenchy adalah lebih daripada seorang pereka fesyen, beliau adalah pereka personaliti,” Hebpurn berkata tentang rakan rapatnya.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker