Gaya HidupKerjaya

6 Tips Untuk Menjadi Akauntan Hebat

Di Malaysia, di bawah Akta Perakaunan 1967, mana-mana individu tidak dibenarkan menggelarkan dirinya sebagai ‘Akauntan’ sekiranya individu tersebut tidak mendaftar sebagai ahli kepada Institusi Perakaunan Malaysia atau Malaysian Institute of Accountants (MIA).

Untuk bergelar sebagai ‘Akauntan’, anda perlu mendaftar dengan Malaysian Institute of Accountants (MIA) dengan mendapat pengiktirafan ‘CA (M)’ selepas nama anda.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIA Dr Nurmazilah Mahzan, tidak semua graduan baru mempunyai  kemahiran dari segi teknikal yang cukup untuk industri. Oleh yang demikian, ramai yang menasihatkan para graduan untuk tidak berhenti setakat segulung Ijazah sahaja. Teruskan pengajian anda hingga ke peringkat Tauliah Professional dari badan perakaunan antarabangsa seperti CIMA, ACCA, ICAEW, CPA dan sebagainya.

Kerjaya sebagai seorang akauntan ini mempunyai peluang yang luas. Oleh yang demikian, Dr Nurmazilah menasihati sesiapa yang minat untuk menceburkan diri dalam bidang ini untuk mempunyai empat sifat ini:

  1. fleksibel
  2. tangkas
  3. boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan keadaan
  4. mempunyai ketabahan untuk mengatasi cabaran.

“Akauntan perlu menilai tahap pengetahuan mereka dari semasa ke semasa, dan mempunyai idea inovatif untuk memenuhi keperluan organisasi yang semakin meningkat. Bagi yang mempunyai kemempuan menganalisis dan skill komunikasi yang baik, mereka mempunyai kelebihan untuk memberi ramalan kewangan kepada pengurusan atau bahkan meyakinkan mereka mengenai keputusan anggaran,” kata Dr Nurmazilah.

Seorang Akauntan Bertauliah dan ahli kepada Malaysian Institute of Accoutants (MIA) turut berkongsi tipsnya untuk menjadi akauntan berjaya.

  1. Pastikan anda dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik kerana semua ilmu perakaunan adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika Bahasa Inggeris anda kurang baik ia akan menyukarkan anda untuk memahami dan menjawab soalan peperiksaan.
  2. Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata negatif, “Perakaunan itu susah, ramai gagal, CIMA/ACCA/ICAEW amat susah, sia-sia” dan sebagainya. Jika orang lain boleh, kenapa anda tidak?
  3. Yuran pengajian untuk peringkat Tauliah Professional global adalah pelaburan yang agak besar, terutamanya kerana faktor mata wang asing. Contohnya, yuran peperiksaan dan keahlian untuk CIMA dan ACCA ialah dalam Pound Sterling. Oleh itu, anda perlu merancang sumber kewangan dari awal.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button