AntarabangsaIsu Semasa

Kerajaan Korea Selatan ‘Paksa’ Pekerja Balik, Tutup Komputer

Kerajaan Korea Selatan telah memperkenalkan inisiatif baharu bagi ‘memaksa’ kakitangannya balik pada masa yang ditetapkan dengan menutup kesemua komputer pada jam 8 malam pada hari Jumaat.

Tindakan ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan “budaya bekerja lebih masa”.

Korea Selatan mempunyai antara masa bekerja paling panjang di dalam dunia.

Kakitangan kerajaan bekerja secara purata 2,739 jam setiap tahun, iaitu bersamaan dengan kira-kira 1,000 jam lebih berbanding pekerja di negara maju lain.

Inisiatif ini yang bakal dilancarkan di Seoul Metropolitan Government (SMG) akan dilakukan dalam tiga fasa dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Menurut laporan BBC, program ini akan bermula pada 30 Mac, di mana semua komputer di SMG akan ditutup apabila masuknya jam 8 malam.

Fasa kedua akan bermula pada bulan April, di mana semua komputer akan ditutup pada jam 7.30 malam pada hari Jumaat kedua dan keempat bulan tersebut.

Bermula bulan Mei, program ini akan dilancarkan sepenuhnya di mana kesemua komputer akan ditutup pada jam 7 malam setiap hari Jumaat.

Menurut satu kenyataan daripada SMG, tidak ada pekerja yang akan dikecualikan daripada program ini, namun, pengecualian boleh diberi di bawah keadaan tertentu.

Walaupun tindakan ini menuju ke arah budaya kerja yang lebih sihat, kebanyakan kakitangan kerajaan tidak bersetuju dengan inisiatif tersebut.

SMG berkata 67.1% daripada kakitangan kerajaan telah meminta untuk dikecualikan daripada program ini.

Pada awal bulan Mac, perhimpunan kebangsaan Korea Selatan telah meluluskan undang-undang untuk mengurangkan maksimum masa bekerja daripada 68 kepada 52 setiap minggu.

Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker