Sukan

Kelihatan Comel Tetapi Boleh Buat Lelaki KO

Jika anda melihatnya pasti tidak akan percaya dia telah memenangi pertandingan seni bela diri campuran (MMA) pada awal bulan ini.

Hayatun Najihin Radzuan dengan penuh keyakinan dalam sebuah wawancara berkata, “Jika saya bertanding dengan lelaki 60kg dan ke bawah, mereka pasti KO” baru berusia 19 tahun dan telah mengalahkan lawannya Puja Tomar dari India dalam masa 2 minit 23 saat pada perlawanan ONE Championship 9 Mac yang lalu.

 

Digelar “Shadow-Cat” di dalam gelanggang perlawanan, Jihin merupakan pemain Malaysia termuda dan sangat teruja apabila menerima kontrak sebagai seorang pemain MMA.

Menggunakan nama Jihin Radzuan semasa berlawan, Jihin merupakan wanita keempat dalam MMA selain daripada Ann Athena Osman, Ella Tang dan Audreylaura Boniface.

Jihin mula mengenal sukan MMA ini tiga tahun lalu daripada sebuah rancangan realiti Korea bernama Roommates. Akibat minat, dia pun telah melakukan penyelidikan atas talian tentang sukan tersebut dan menjejakkan kaki ke gim dengan pengetahuan dalam silat dan taekwondo.

Merupakan puteri bongsu daripada enam adik-beradik, Jihin akan ke gim setelah selesai sekolah untuk berlatih Muay Thai. Dalam masa tiga bulan, dia dengan beraninya telah memasuki pertandingan namun kalah dalam pusingan pertama.

Kekalahan tersebut tidak mematahkan semangatnya dan menyebabkan dia berusaha lebih. Sejak dari kekalahan pertamanya, Jihin tidak pernah lagi kalah dalam setiap pertandingannya. Setahun setelah itu, dia bermain dalam MMA.

Dalam sukan MMA, ia memerlukan pelbagai skil berlawan. Oleh itu, Jihin mengambil satu lagi sukan untuk memantapkan lagi bakatnya itu dengan mengambil jiu-jitsu Brazil (BJJ).

Rekod perlawanan Jihin sangat mengagumkan dengan memenangi 14-1 perlawanan dalam sukan muay thai, 9-2 dalam MMA dan 9-5 dalam BJJ. 

Jihin juga memasuki perlawanan persatuan seni bela diri campuran antarabangsa (IMMAF) dan mendapat tempat ketiga setelah kalah kepada juara lima tahun berturut-turut, Gabriella Ringblom dari Sweden.

Jihin mengaku dia gemuruh setiap kali perlawanan bakal berlangsung namun sebaik sahaja memasuki gelanggang, dia akan fokus sepenuhnya.

Dalam kehidupan sehariannya, Jihin juga sangat fokus dengan kerja tetapnya sebagai seorang jururawat di klinik haiwan dan berlatih di gim sebaik selesai kerja. Sokongan dari keluarga turut mendorong dia untuk berjaya.

Ayah Jihin sangat menyokongnya dengan membawanya ke gim setiap hari sebelum dia mendapatkan lesen untuk memandu sendiri. Namun pada awalnya ibu Jihin agak meragui minat anaknya itu sehingga Jihin menunjukkan kebolehannya yang semakin hari semakin hebat barulah ibunya yakin dengan kebolehan Jihin.

Jurulatih peribadi Yeoh mengaku pada awalnya juga tidak begitu yakin Jihin akan kembali selepas kekalahannya pertamanya dalam perlawanan muay thai. Namun, apabila Jihin kembali dan menunjukkan semangatnya yang tidak luntur, Yeoh percaya Jihin berdedikasi tinggi dan mempunyai ciri-ciri untuk berjaya. 

“Kadangkala saya perlu berleter dengan Jihin tetapi ia adalah sesuatu yang normal sebagai seorang remaja,” ujar Yeoh.

Setiap masa terluang Jihin diisi dengan latihan bersama Yeoh di gim sehingga dia tiada masa untuk menonton drama Korea kegemarannya. Begitulah dedikasinya terhadap sukan ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker