Hiburan

Cara Mengurat Yang Paling Berkesan

Terdapat pelbagai cara untuk mengurat atau flirt. Antaranya adalah dengan bermain mata, sentuhan halus di bahagian lengan, ayat-ayat romantis ataupun berjenaka untuk membuatkan seseorang itu ketawa.

Walau apa-apa jua teknik yang digunakan, mengurat adalah bertujuan untuk memenuhi satu hasrat, iaitu untuk menubuhkan minat dalam diri masing-masing.

Perlu dijelaskan bahawa niat mengurat bukanlah untuk mendapatkan hubungan fizikal mahupun hubungan cinta. Seseorang itu mungkin mengurat hanya untuk menghabiskan masa, untuk berasa rapat dengan seseorang, untuk memastikan mereka masih mempunyai ‘kemahiran’ mengurat atau hanya mahu untuk berseronok.

Lelaki dan wanita adalah berbeza

Memetik laporan AFP, motivasi mengurat adalah berlainan untuk setiap jantina. Untuk lelaki, mengurat didorong oleh seks. Bagi wanita pula, mengurat adalah untuk berseronok atau untuk mendekati seseorang.

Apabila dilakukan dengan betul, mengurat tidak jelas dilihat dan akan menyebabkan seseorang itu teragak-agak jika pihak yang mengurat meminatinya. Apabila ia tidak jelas atau subtle, ia membenarkan seseorang itu membuka diri untuk membalas kelakuan mengurat tanpa berasa risau mereka akan dimalukan, justeru merendahkan harga diri mereka.

Harga diri memainkan peranan dalam cara seseorang itu mengurat. Apabila risiko ditolak atau direject adalah rendah, lelaki yang mempunyai harga diri yang tinggi akan lebih direct atau jelas dengan tindakan dan niat mereka jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai harga diri yang rendah.

Namun, lelaki yang mempunyai harga diri yang rendah lebih berani dengan tindakan mereka dan akan menggunakan pendekatan yang lebih jelas apabila seseorang itu telah menunjukkan minat terhadapnya.

Ini adalah kerana apabila mereka berjumpa dengan seseorang yang meminati dirinya, mereka berasa selamat untuk membuat tindakan yang lebih jelas dan risiko ditolak adalah rendah.

Bagi wanita pula, apabila risiko ditolak adalah rendah, mereka akan lebih direct tanpa mengambil kira harga diri mereka. Wanita, secara tradisional, bukan pihak yang mencetuskan tindakan pertama. Oleh itu, apabila mendapat peluang untuk mengurat, mereka tidak berfikir tentang perkara lain.

Kajian tentang teknik mengurat

Sebuah kajian mendapati teknik mengurat yang paling berkesan adalah dengan ‘berterus-terang’ atau direct dan jelas jika anda betul-betul mahu menyampaikan ‘mesej’ anda.

Kajian tersebut meninjau pelajar-pelajar universiti tentang cara yang paling efektif untuk menunjukkan minat kepada seseorang itu. Kedua-dua pelajar wanita dan lelaki bersetuju bahawa cara mengurat yang tidak ketara atau ‘subtle’ tidak mungkin akan menawan hati seseorang. Mereka berkata cara terbaik adalah dengan pendekatan yang berterus-terang seperti, “Adakah anda mahu keluar makan dengan saya?”

Para penyelidik memberi lebih daripada 100 pasangan heteroseksual peluang untuk berinteraksi selama 10 minit. Kemudian, setiap peserta memberi kenyataan sama ada mereka mengurat ataupun tidak dan sama ada mereka berasa pasangan mereka telah mengurat.

Secara keseluruhannya, hampir satu per empat daripada peserta berkata mereka telah mengurat dalam interaksi tersebut. Namun, jumlah peserta yang tepat menerima ‘mesej’ tersebut adalah hanya 28%. Kajian juga menunjukkan golongan lelaki lebih tepat membaca ‘mesej’ (36%) berbanding wanita (18%).

Penyelidik utama kajian tersebut, Jeffry Hall, berkata, “Kelakuan mengurat sukar untuk dilihat dan terdapat beberapa sebab. Ramai tidak mahu mengurat dengan cara yang jelas kerana mereka tidak mahu berasa malu. Mengurat selalunya digambarkan dengan tingkat laku yang mesra.”

“Jika anda mahu menubuhkan minat pada seseorang itu dan benar-benar mahukan mesej anda disampaikan, jangan main-main dengan cara anda. Terus-terang adalah cara yang paling baik,” katanya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close