AntarabangsaIsu Semasa

AirAsia Bakal Lancar Sistem Penerbangan di Myanmar

Syarikat penerbangan milik Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia Bhd, sedang dalam perbincangan bersama rakan kongsi di Myanmar yang berpotensi untuk membuka sebuah sistem penerbangan yang berpangkalan di sana.

Langkah tersebut akan menampakkan syarikat penerbangan kos rendah ini menguasai 95% pasaran pelancongan di Asia Tenggara.

Dalam sebuah temu ramah bersama ketua pegawai eksekutif syarikat ini, Fernandes menganggarkan usaha sama (joint venture) AirAsia Vietnam dilancarkan menjelang bulan Oktober.

Kini, AirAsia mempunyai bisnes di Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Jepun dan Thailand serta merancang untuk menubuhkan sebuah lagi sistem penerbangan di China.

“Sebaik sahaja kami melibatkan Vietnam dan Myanmar, kami akan mendapat sebahagian besar populasi [Asia Tenggara],” kata Fernandes.

“Kami telah mendapat sokongan baik daripada kerajaan Vietnam dan kami mempunyai rakan kongsi yang hebat. Kumpulan saya sangat yakin.”

Bukan mudah masuk pasaran Myanmar

Terdapat pelbagai syarikat yang ingin memasuki pasaran Myanmar kerana dasar negara itu yang sukar untuk menerima pelaburan asing serta digabungkan dengan perkembangan ekonomi yang pesat.

Disebabkan itu, ANA Holdings Inc dari Jepun telah menghentikan rancangan untuk menubuhkan sebuah sistem penerbangan bersama syarikat tempatan Golden Sky World tahun lepas, apabila permohonan mereka ditolak pihak berkuasa.

Ujar Fernandes, sistem penerbangan yang bakal ditubuhkan ini bukanlah sesuatu yang besar kerana tiada infrastruktur lapangan terbang yang wujud di Myanmar. Tetapi beliau yakin dengan 50 juta penduduk di sana, infrastruktur ini akan berkembang pada masa akan datang.

Pelbagai rancangan untuk 2018

Menurut laporan Reuters, selain sistem penerbangan baharu ini, AirAsia turut merancang untuk melancarkan perkhidmatan tambahan bagi pelanggannya yang mencecah lebih 80 juta orang. Perkhidmatan ini termasuk tawaran kewangan, perniagaan e-dagang dan pelbagai kandungan di dalam talian.

“Aset terbesar adalah data kami,” tambah Fernandes.

“Sementara syarikat Asia Tenggara lain seperti Grab perlu mencari dan menghabiskan banyak wang untuk membina nama dan data, kami telah pun mempunyai 89 juta pelanggan yang melancong dengan kami setiap tahun dan kami mempunyai data yang merujuk kepada 18 tahun yang lepas.”

Tony Fernandes berkata mesejnya untuk tahun 2018 adalah, “Kami adalah lebih daripada sebuah sistem penerbangan”.

Show More

Related Articles

Back to top button