Gaya HidupKerjaya

Doktor Bukanlah Kerjaya Yang Glamour

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ravindran R. Naidu dan Timbalan Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Datuk Dr Andrew Mohanraj berkongsi dengan TheStar tentang pengalaman sebagai seorang doktor di Malaysia untuk para belia yang berminat untuk menceburi kerjaya sebagai seorang doktor perubatan.

Menurut Presiden MMA, perkara utama yang disebut oleh beliau ialah anda harus bersemangat dan untuk doktor muda, anda boleh juga meneruskan kerjaya sebagai pensyarah ataupun penyelidik di mana terdapat juga beberapa bidang yang melibatkan perubatan tetapi bukan klinikal.

Datuk Dr Andrew pula berkata, ramai yang mengambil kerjaya sebagai seorang doktor ini kerana ia glamour dan berpenghasilan tinggi. Namun apabila sudah separuh jalan, mereka baru sedar bahawa terdapat banyak lagi kerjaya lain yang boleh menebalkan poket anda tetapi kurang tekanan.

Sudahlah anda perlu belajar pada masa yang lama, ianya juga bukan mudah malah tidur yang tidak mencukupi akan menjadi sebahagian rutin harian anda walaupun setelah anda bergelar seorang doktor. Jika mahu menjadi doktor pakar, anda perlu belajar empat tahun lagi.

Disebabkan masa pembelajaran untuk menjadi pakar lama, Datuk Dr Andrew berkata ramai doktor muda akhirnya membuka klinik mereka sendiri. Namun pada masa sekarang klinik seperti ini sukar untuk bertahan. Oleh itu beliau menasihatkan para doktor untuk menjadi doktor pakar pada usia muda.

“Masyarakat sering menganggap doktor pakar senior lebih bijak dan berpengalaman oleh itu mereka berpendapatan lebih tinggi. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya tidaklah 100% tepat kerana doktor pakar senior tidak dapat mengikuti perkembangan teknologi terkini dan sering menggunakan pengetahuan lama melalui pengalaman mereka,” ujar Dr. Andrew.

Sebagai seorang doktor dalam bidang kesihatan mental, beliau berkata perkara penting sebagai pakar psikiatri (sakit jiwa) ataupun psikologi klinikal, ialah untuk tidak menghakimi seseorang.

Pesakit meletakkan kepercayaan penuh kepada para doktor ini dan anda tidak boleh memberi pendapat atau menasihati pesakit secara melulu. Apa yang mereka perlukan ialah telinga untuk mendengar.

Kemahiran mendengar adalah perkara penting dalam bidang psikiatri ini. Oleh itu, jika anda mempunyai sifat yang suka lepas cakap atau emosi mudah terganggu, bidang ini tidak sesuai dengan anda.

Ibubapa memainkan penting dalam memberi nasihat kerjaya anak-anak. Namun janganlah memaksa anak anda untuk menjadi doktor hanya kerana anda tidak dapat menjadi seorang doktor. Ini kerana 30% graduan perubatan tidak meneruskan latihan sebagai doktor pelatih kerana tidak berminat. Doktor pelatih seperti ini jelas sekali tiada semangat untuk menjadi seorang doktor.

Walau bagaimanapun, jika anda atau mengenali siapa sahaja dikalangan 30% ini, anda tidak perlu risau kerana ijazah perubatan anda boleh membawa anda ke bidang lain termasuk insurans atau farmasi.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker