Bisnes & Ekonomi

Mengenali Jutawan Low Profile: Ananda Krishnan

Merupakan individu ke-5 terkaya di Malaysia, Ananda Krishnan merupakan seorang ahli perniagaan dan dermawan terkenal.

Selepas nilai bersihnya merosot pada tahun 2016, Ananda Krishnan menyaksikan kekayaannya meningkat sebanyak 2.5% daripada 19.9 bilion kepada RM20.4 bilion pada tahun 2017, keuntungan sebanyak RM500 juta daripada tahun sebelumnya.

Sebab utama bagi peningkatan tersebut adalah disebabkan pegangan sahamnya di dalam sebuah syarikat minyak dan gas (O&G), Bumi Armada Bhd

Menurut akhbar The Star, dua lagi syarikat besar yang dimilikinya adalah Maxis Bhd dan Astro Malaysia Holdings.

Syarikat telekomunikasi Maxis adalah sumber bagi kebanyakan kekayaan Ananda. Malah isu-isu berkenaan syarikat tersebut pada masa lalu nampaknya telah diselesaikan pada tahun lepas, seterusnya menyebabkan syarikat telekomunikasi itu kembali kukuh dari segi keuntungan.

Pada tahun lepas, Astro mencatatkan  keuntungan yang rendah pada suku ketiga walaupun keuntungannya dalam tempoh sembilan bulan pertama adalah lebih tinggi daripada tahun yang sebelumnya.

Walaupun Astro mampu menjana keuntungan daripada sektor pengiklanan dan pendapatan yang tinggi daripada pengguna, mereka sentiasa berhadapan dengan risiko dalam perniagaan.

Antara risiko tersebut adalah peningkatan harga kandungan dan jumlah  pelanggan TV berbayar yang semakin berkurangan.

LATAR BELAKANG ANANDA KRISHNAN

Dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields, kedua ibubapanya berasal dari Sri Lanka serta berketurunan Tamil. Beliau menuntut di Sekolah Tamil Vivekananda di Brickfields sebelum meneruskan pengajian di Insitusi Victoria Kuala Lumpur.

Menurut laman sesawang,  Successful Entrepeneur sebagai seorang penerima biasiswa Colombo, beliau  melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Universiti Melbourne, Australia untuk segulung ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains politik.

Seterusnya, pada tahun 1964 Krishnan memperoleh Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Harvard Business School.

Ananda meluangkan kebanyakan masanya di selatan Perancis dengan isterinya. Perkahwinannya yang terdahulu adalah dengan seorang wanita berbangsa Thailand. Pasangan ini mempunyai tiga orang cahaya mata, 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Kedua-dua anaknya telah memilih untuk tidak meneruskan kerjaya berdasarkan kekayaan bapanya. Anak lelakinya merupakan seorang sami Buddha yang dikenali sebagai Ajahn Siripanyo. Seorang lagi anak perempuannya memilih untuk menjadi seorang doktor di Britain.

Bermula sebagai seorang pedagang minyak, penglibatan keusahawanannya yang pertama adalah Exoil Trading yang berkaitan dengan francais perdagangan minyak.

JUTAWAN LOW-PROFILE

Apa yang membezakannya daripada kebanyakan jutawan lain adalah, beliau merupakan seorang yang mengelakkan publisiti serta orang yang mengenalinya mengatakan beliau seorang yang low profile.

Ananda bersama anaknya Ajahn Siripanyo

Kekuatan Ananda terletak pada kebolehannya menghargai dan memanfaatkan penemuan teknologi baru seterusnya menggunakan penemuan tersebut untuk dirinya. Sifatnya yang bijaksana, berwawasan, bijak dalam memimpin membolehkan beliau berada dalam senarai individu terkaya Malaysia buat bertahun-tahun lamanya.

Dikatakan mempunyai bakat keusahawanan yang luar biasa dan berwawasan, Krishnanlah yang mencadangkan pada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad idea tentang pembinaan Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Sepanjang kehidupannya, beliau telah menyumbangkan sejumlah besar tenaga dan wang beliau untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik serta menubuhkan yayasan untuk tujuan yang sama.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close