AntarabangsaIsu Semasa

Norway Cadang Haramkan Penutup Muka

Kerajaan Norway mencadangkan pada hari Jumaat lalu larangan memakai tudung muka penuh, seperti burqa dan niqab, di universiti, sekolah, dan tadika.

Perancis, Belanda, Belgium, Bulgaria dan Bavaria di Jerman adalah antara negara Eropah yang mengenakan sekatan ke atas pemakaian penutup muka di tempat awam.

Jika mendapat kelulusan parlimen, Norway akan menjadi negara Nordik pertama yang memperkenalkan larangan itu dalam sektor pendidikan, kata Menteri Kewangan Siv Jensen dalam satu kenyataan. Denmark merancang untuk mendenda orang yang menutup muka mereka di khalayak ramai.

Jensen, yang juga ketua Parti Progresif sayap kanan anti-pendatang, berkata larangan itu akan menghantar isyarat kuat bahawa Norway adalah “masyarakat terbuka di mana kita akan melihat wajah antara satu sama lain.”

Kerajaan meminda cadangan awal yang pertama kali dibentangkan pada bulan Jun, untuk hanya membenarkan pemakaian tudung muka penuh semasa rehat dan mesyuarat kakitangan di sekolah-sekolah dan universiti.

“Pengharaman pakaian menutup muka akan memastikan komunikasi terbuka dengan anak-anak, pelajar dan pendatang baru dalam situasi pendidikan,” kata Jan Tore Sanner, menteri pengetahuan dan integrasi dalam satu kenyataan.

Penutup muka penuh dan separa seperti burqa dan niqab menyebabkan percanggahan pendapat di seluruh Eropah, terutama antara pendukung kebebasan beragama dan golongan sekularis yang berpendapat bahawa pakaian tersebut adalah budaya atau simbol penindasan terhadap wanita.

Niqab adalah penutup muka yang masih mendedahkan bahagian mata, sementara burqa pula menutup kesuluruhan muka termasuk bahagian mata yang dilindungi kain jenis lutsinar.

Di bawah cadangan Norway, pekerja yang melanggar peraturan beberapa kali akan berisiko kehilangan kerja mereka, dan para pelajar akan berisiko untuk dibuang. Larangan itu bagaimanapun tidak akan dikenakan kepada penutup kepala seperti tudung atau topi.

Menurut Reuters, larangan tempatan memakai burqa dan niqab telah pun diperkenalkan di beberapa sekolah menengah di Norway.

Kerajaan minoriti Norway, gabungan Parti Konservatif, Parti Kemajuan dan Liberal tengah, berkata pada bulan Jun yakin ia akan mendapat sokongan yang cukup di parlimen. Sekiranya diluluskan, larangan itu akan bermula pada bulan Ogos.

Secara berasingan, polis Oslo melaporkan dalam laporan bahawa Bandar itu telah melihat jumlah jenayah tertinggi dilaporkan pada tahun lepas, dengan 198 kejadian berbanding 175 pada 2016.

“Peningkatan jenayah terbesar yang dicatatkan adalah penghinaan terhadap golongan wanita dalam kategori agama, dan lebih khusus Islam,” kata polis dalam satu kenyataan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker