Events

Kali Ini RIUH Mengangkat Tema Retro

Retro RIUH

Tempat: APW, Jalan Riong, Bangsar
Tarikh: 24 Mac

Riuh kembali sekali lagi dengan membawa kepada anda tema retro yang memberi penghormatan kepada artis Malaysian seperti Tan Sri P. Ramlee dan semua benda vintaj! Acara kali ini juga menyambut wanita Malaysia dengan mengetengahkan perniagaan sosial yang membantu ibu tunggal dan wanita dalam perniagaan. Di sini juga anda berpeluang untuk mempelajari bagaimana cara untuk bermain Ukelele, dan fotografi.


James Blunt The Afterlove Tour in Malaysia 2018

Tempat: Menara PGRM
Tarikh: 25 Mac 2018
Masa: 8 malam – 10 malam
Yuran Kemasukan: Harga tiket bermula dari RM122. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Terkenal dengan lagu-lagunya seperti ‘You’re Beautiful’ dan ‘Goodbye My Lover’, penyanyi James Blunt bakal menggoda hati ramai peminatnnya di Malaysia dengan persembahan akan yang diadakan di Menara PGRM. Album terbaharunya, The Afterlove, terdiri daripada liriknya yang iklhlas dari hati dan digandingkan bersama hasil composer Ryan Tedder yang terkenal dengan lagu-lagu modern pop. Jangan ketinggalan melihat James Blunt membuat persembahan secara live di Malaysia!


Sunny Side Up Market

Tempat: Slate at The Row
Tarikh: 24 Mac – 25 Mac
Masa: 11 pagi – 6 malam

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, Sunny Side Up Market bulan Mac ini meraikan usahawan wanita dengan menganjurkan komuniti pasar yang mengetengahkan 35 bisnes tempatan yang didorong oleh wanita. Sertai pasar ini yang berlangsung selama 2 hari untuk menyokong usahawan wanita tempatan.


Nala’s Bazaar Malam

Tempat: Nala Designs
Tarikh: 25 Mac 2018
Masa: 11 pagi – 6 malam

Minggu ini Nala’s Bazaar Malam memaparkan gabungan muzik dan makanan yang pasti menyeronokkan. Bawa rakan-rakan bersama anda untuk menikmati pengalaman piknik di bawah sinaran bintang.

Show More

Related Articles

Back to top button