Bisnes & Ekonomi

Bagaimana Robert Kuok Kekal Hartawan #1 Malaysia

Rakyat Malaysia mengenali Robert Kuok sebagai orang terkaya di negara ini untuk jangka masa yang sangat lama. Disenaraikan sebagai individu ke-96 paling kaya di dunia berdasarkan senarai Hartawan 2018 Forbes, Robert Kuok terus mengekalkan kedudukan sebagai individu terkaya di Malaysia untuk tahun ke-13 secara berturut-turut.

Kekayaan hartawan berusia 94 tahun pada akhir tahun 2017 adalah RM49.9 bilion, tetapi dengan pertumbuhan ekonomi yang suram, Kuok membuat lebih banyak wang daripada mana-mana jutawan lain dalam senarai individu terkaya Malaysia.

Menurut The Star, Kuok menjana RM13.2bil tahun lepas, atau kenaikan 35.9% daripada RM36.7bil pada penghujung 2016. Peningkatan itu bersamaan dengan jumlah harta individu kelapan terkaya di Malaysia.

Kuok telah menguasai kepentingan dalam tiga syarikat tersenarai di Malaysia – PPB Group Bhd, Malaysian Bulk Carriers Bhd dan Shangri-La Hotels (M) Bhd. PPB adalah sebuah syarikat pelbagai fungsi seperti perladangan, makanan dan pawagam melalui Golden Screen Cinema Sdn Bhd. Maybulk adalah syarikat perkapalan dan Shangri-La Hotel adalah rangkaian hotel nombor 1 di negara ini.

Perniagaan beliau di Malaysia adalah sebahagian besar daripada hasil kekayaannya, tetapi majoriti berasal dari syarikat tersenarai di Hong Kong dan Singapura melalui Wilmar International Ltd.

Kisah kejayaan Kuok adalah antara yang paling mengagumkan. Beliau bermula sebagai seorang ‘office boy’, sebelum menjadi kerani jabatan perdagangan beras di Singapura.

Robert Kuok bagaimanapun adalah seorang yang cepat belajar. Tiga tahun di jabatan perdagangan beras membantunya mempelajari selok-belok perniagaan perdagangan. Beliau kemudiannya kembali semula ke bandar asalnya, Johor bersama adik-beradik dan sepupunya.

Tidak lama selepas itu, beliau mengasaskan produk gula Malaya.co, yang berjaya meraih populariti dengan pantas. Ia memonopoli ruang pengeluaran gula di Malaysia yang menghasilkan 80% gula di Malaysia dan 10% gula di dunia. Dari situlah Kuok mendapat jolokan ‘Raja Gula Asia’.

Sememangnya, ahli perniagaan yang bercita-cita tinggi dan pandai ini tidak hanya berhenti di situ. Beliau kemudian memulakan rangkaian hotel yang terkenal ‘Shangri-la’ yang kini dibuka di seluruh dunia termasuk di Asia Pasifik, Amerika Utara, Timur Tengah dan Eropah.

Jutawan yang telah berkahwin dua kali dan mempunyai lapan anak, tinggal di Deep Water Bay di pulau Hong Kong. Keberanian Kuok untuk berurusan dengan mana-mana usahawan dan syarikat menjadi faktor penting dalam kejayaan beliau selain kecekapannya mengendalikan bisnes.

Walaupun sudah bersara dan menyerahkan perniagaan beliau kepada anak-anak, Robert Kuok akan sentiasa diingati sebagai tokoh usahawan legenda Asia yang berjaya mempelopori pelbagai bisnes merentasi sempadan global.

Peristiwa Penting

1923 Lahir di Johor Bahru, Malaysia.

1949 Menubuhkan komoditi dagangan Kuok Brothers.

1953 Memperluas Kuok Brothers ke Singapura dengan Kuok (Singapura).

1971 Membina Hotel Shangri-La yang pertama di Singapura.

1974 Menubuhkan Kerry Holdings di Hong Kong.

1977 Membeli tanah di Hong Kong dan membina Kowloon Shangri-La.

1993 Membeli saham di South China Morning Post.

1996 Kerry Properties menjual saham di Hong Kong.

2009 Keluar daripada industri gula Malaysia dengan menjual pelaburan.

2014 PACC Offshore Services mula berdagang di Singapura.

2017 Anaknya, Kuok Hui Kwong mengambil alih jawatan ketua Shangri-La Asia

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker