Sukan

Usain Bolt Akan Berlatih Dengan Borussia Dortmund

Legenda Sukan Olimpik Usain Bolt dikatakan akan berlatih bersama pasukan Bundesliga, Borussia Dortmund pada hari ini (Jumaat).

Juara 8 kali Sukan Olimpik itu bersara selepas Kejohanan Olahraga Dunia 2017 di London.

Dortmund yang ditaja oleh Puma, penaja yang sama yang menaja Bolt berkata Bolt boleh berlatih bersama dengan pasukan itu.

Bolt mengesahkan berita ini dengan memuat naik sebuah gambar dirinya sedang memakai jersi Dortmund di media sosial, dan menulis “BVB, bersedia untuk Jumaat ini.”

Perlawanan seterusnya bagi Dortmund adalah menentang lawan seteru mereka, Bayern Munich pada 31 Mac nanti.

Pasukan Peter Stoeger itu perlu menang di dalam perlawanan itu jika mereka tidak mahu Bayern memenangi takhta Bundesliga pada musim ini.

Bayern kini 17 mata di hadapan pencabar terdekat, Schalke 04 yang memperoleh 49 mata, dan Dortmund, 48 dan mereka sudah boleh mengangkat piala jika mereka memenangi satu lagi perlawanan, asalkan keputusan perlawanan lain memihak kepada mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button