Gaya Hidup

5 Tanda Anda Harus Ganti Bateri Kereta

Kajian Bosch Automotive Aftermarket menunjukkan bahawa 70 peratus daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri dan hanya satu peratus wanita mampu menyelesaikan masalah berkaitan kenderaan mereka sekiranya berlaku kerosakan berbanding kaum lelaki sebanyak 48 peratus. Adakah kerana ramai perempuan tidak tahu bila bateri kereta harus diganti?

Kaji selidik yang dijalankan oleh Bosch – pembekal utama komponen gantian automotif itu melibatkan seramai 350 pemandu negara ini berusia 18 hingga 55 tahun bertujuan mendapatkan input mengenai tabiat pengurusan bateri kereta yang merupakan salah satu penyebab utama kenderaan rosak.

Kaji selidik itu juga mendapati 84 peratus wanita akan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan manakala 12 peratus dalam kalangan mereka akan menghubungi syarikat penyedia bantuan kerosakan kenderaan sekiranya kereta rosak akibat kegagalan bateri.

 

5 Tanda Anda Perlu Ganti Bateri Kereta

Oleh itu jika terdapat lima tanda ini semasa anda memandu kereta, bermakna sudah tiba masanya untuk anda ganti bateri kereta:

  • Aci engkol perlahan  

Bunyi aci engkol pada enjin  lembap dan ambil masa lama untuk dihidupkan

  • Lampu amaran papan pemuka

Apabila kuasa bateri lemah, lampu amaran pada papan pemuka muncul

  • Perlu bantu mula (Jump start) bateri

Gantikan sekiranya bateri kenderaan telah dibantu mula melebihi tiga kali dalam tempoh seminggu

  • Bekas bateri bengkak

Bateri kereta yang terdedah kepada jumlah haba berlebihan mungkin membengkak dan boleh menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek

  • Bau seperti telur busuk

Bateri kereta mengandungi asid sulfurik, ia akan mengeluarkan bau seperti telur busuk sekiranya berlaku lintar pintas, beku atau terlebih cas. Pastikan bateri diperiksa secepat mungkin kerana berkemungkinan berlaku kebocoran asid sulfuric yang boleh merosakan bahagian kenderaan yang lain

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button