Gaya HidupPercutian

Jelajahi Kuala Lumpur Seperti Warga Tempatan Dengan Pakar Airbnb

Kini Kuala Lumpur menyertai 60 destinasi lain di serata dunia di mana Airbnb telah mengorak langkah melangkaui sekadar perkongsian penginapan, dan menawarkan lawatan serta aktiviti oleh warga tempatan bagi memastikan pengunjung dapat menjelajahi tempat dan lokasi yang biasanya takkan dapat diterokai.

Hari ini, Airbnb, selaku syarikat hospitaliti berasaskan komuniti yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan pelancaran lebih daripada 40 Pengalaman Airbnb di Kuala Lumpur. Ini berikutan peningkatan populariti Malaysia sebagai sebuah destinasi global (peningkatan 137% dari tahun ke tahun[1]).

Pengalaman” Airbnb merupakan aktiviti tempatan yang direka dan diterajui oleh pakar tempatan yang berpengalaman dalam berkongsi sudut pandangan tempatan tentang bandar mereka bersama pengembara.

Pengalaman yang ditawarkan termasuk: 
Sehari Dalam Kehidupan Seorang Pelukis Batik Tempatan (https://www.airbnb.com.sg/experiences/163095)

Belajar daripada Colin yang telah berkecimpung dalam industri ini sejak lebih 15 tahun. Di sini anda akan berpeluang mendalami warisan Malaysia, sejarah dan proses pembuatan batik, malah mencipta mahakarya anda sendiri

Keindahan Kampung Bahru (https://www.airbnb.com/experiences/116692)

Terokai salah sebuah perkampungan Melayu terakhir di Kuala Lumpur, di mana Fuad akan berkongsi lebih mendalam mengenai kehidupan di dalam komuniti ini serta sejarah kampung tempat beliau membesar. Anda juga berpeluang mencuba sajian istimewa tempatan yang lazat seperti nasi lemak, pisang goreng dan karipap!

Lawatan Sehari Mendaki Air Terjun (https://www.airbnb.com.sg/experiences/154403)

Lari daripada kesibukan bandar dan sertai lawatan sehari menjelajah kepelbagaian bentuk muka bumi untuk sampai ke antara air terjun yang terindah di Malaysia.

Pendakian Tersembunyi di Kuala Lumpur (https://www.airbnb.com/experiences/127715)

Fadly, seorang pelari maraton tegar akan mendedahkan pemandangan rahsia Tabu Timur dan membawa anda menikmati sarapan tempatan Malaysia atau India yang asli di tempat kegemarannya

Menoreh Getah dan Makan Tengah Hari Dalam Mangkuk Tingkat   (https://www.airbnb.com.sg/experiences/155257)

Lawati salah sebuah ladang getah terakhir di bandar ini dan cungkil bakat menoreh getah anda. Selain itu, nikmati hidangan tempatan yang terbaik dari kejiranan ini di dalam mangkuk tingkat anda sendiri.

Platform bagi warga tempatan

Pengalaman di Kuala Lumpur bukan sahaja memudahkan usahawan Malaysia untuk berkongsi minat dan hobi mereka bersama orang ramai dari seluruh dunia, malah platform ini juga menyaksikan warga tempatan memanfaatkannya untuk menyumbang kembali kepada komuniti menerusi Pengalaman Impak Sosial.

Pengalaman Impak Sosial Airbnb menyediakan hos tempatan peluang untuk berkongsi lebih mendalam tentang perjuangan mereka.

Airbnb dan organisasi kebajikan

Airbnb tidak mengambil sebarang bayaran, dan 100% daripada dana yang dikumpul daripada tetamu disalurkan kepada organisasi kebajikan yang dipilih oleh hos tempatan.

Antara inisiatif yang terlibat termasuk Dapur Jalanan, sebuah organisasi sukarela yang menawarkan makanan percuma kepada golongan gelandangan dan juga sesi mendalam bersama komuniti kurang upaya pendengaran dengan mempelajari bahasa isyarat dan menyertai kumpulan dram DeafBeat.

Pelancaran Pengalaman Airbnb di Kuala Lumpur mensasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi percutian yang terkemuka di dunia, sekaligus membolehkan pengembara untuk menerokai sisi bandar ini yang berbeza dan tinggal seperti warga tempatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pengalaman Airbnb, lawati www.airbnb.com/experiences.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button