AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Putin Ikrar Kurangkan Bajet Ketenteraan Rusia

Presiden Rusia, Vladimir Putin telah meraih kemenangan besar (77% undian) dalam pilihan raya baru-baru ini, sekali gus membolehkan beliau untuk memerintah selama 6 tahun lagi bagi penggal keempat.

Kemenangan ini juga menjadikan presiden itu sebagai individu kedua yang paling lama memerintah Rusia, selepas bekas diktator Josef Stalin.

Susulan itu, Putin menyeru semua pihak, termasuk musuh-musuh politiknya, untuk berganding bahu dalam usaha menyelesaikan masalah domestik.

Salah satu masalah utama yang diketengahkan adalah untuk mengurangkan jurang yang ketara di antara golongan kaya dan miskin.

Memetik laporan Sky News, beliau turut bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan/bajet negara dalam pembangunan ketenteraan.

Tegasnya, negara tersebut sudah membelanjakan wang yang cukup sejak beberapa tahun lalu untuk membangunkan senjata baru bagi mengelak tekanan ekonomi pada masa akan datang.

Walaupun baru sahaja mengumumkan pembinaan senjata canggih beberapa minggu lalu, Putin berikrar untuk tidak terlibat dalam sebarang perlumbaan senjata (arms race) seperti yang berlaku ketika Perang Dingin terdahulu.

Beliau juga berhasrat untuk menjalinkan hubungan diplomatik yang progresif bersama setiap negara, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa yang menyaksikan ketegangan di antara Rusia dan kuasa Barat.

“Kami akan mewujudkan hubungan dan dialog yang konstruktif bersama semua negara di dunia,┬ánamun ia tidak boleh bertepuk sebelah tangan,” katanya.

Beliau menyifatkan hubungan diplomatik sama seperti percintaan, di mana kedua-dua belah pihak perlu memainkan peranan demi memastikan semua perkara berjalan dengan lancar.

“Pihak kami akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan segala konflik akan diselesaikan secara diplomatik,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, Rusia juga akan terus memperjuangkan dan mengekalkan kepentingan negara mereka daripada sebarang bentuk ancaman luar.

Selepas kemenangannya, Putin telah menerima ucapan tahniah daripada pemimpin-pemimpin dunia termasuk China, Perancis, Jepun, Iran, dan Mesir.

Presiden China, Xi Jinping berkata: “Pada masa kini, perkongsian komprehensif strategik China-Rusia berada pada tahap yang terbaik dalam sejarah, yang boleh dijadikan contoh untuk membina hubungan antarabangsa yang baru.

“China juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Rusia dalam usaha membawa hubungan China-Rusia ke tahap yang lebih tinggi.”

 

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close