Sukan

Mo Salah Hampiri Kualiti Lionel Messi

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya bahawa pemain bintangnya dari Mesir itu layak untuk dikatakan antara yang terbaik di dalam dunia bolasepak. Lebih-lebih lagi apabila Salah menyumbatkan 4 gol di dalam perlawanan menentang Watford Sabtu lalu di Anfield yang menyaksikan Liverpool menang 5-0.

28 jumlah gol Salah melonjakkan beliau di hadapan saingan takhta But Emas. Selain daripada itu, Salah kini hanya memerlukan 3 gol untuk menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris sepanjang masa di dalam satu-satu musim.

“Ya, saya rasa Mo berada dilandasan yang betul. Itu adalah bagus,” jawab Klopp apabila ditanya jika Salah boleh disebut bersama-sama Messi sebagai pemain-pemain terbaik di dunia.

“Saya tidak rasa bahawa Mo atau sesiapa pun mahu dibandingkan dengan Lionel Messi. Messi telah melakukan apa yang Salah lakukan lebih dariapda 20 tahun. Pemain terakhir yang saya tahu banyak memperngaruhi prestasi pasukan mereka adalah Diego Maradona.

“Ya, Mo berada di landasan yang betul, itu sudah pasti. Tapi seperti di dalam hidup, jika anda mempunyai kemahiran, anda perlu sentiasa menunjukkannya.

“Konsistensi (Salah) adalah sangat bagus untuk kami; beliau banyak membantu kami. Rakan sepasukannya gemar bermain bersama beliau, dan beliau juga gemar bermain bersama mereka, jadi semuanya bagus. Di dalam perlawanan, anda perlukan seseorang yang boleh menjaringkan gol.”

Pemain yang berusia 25 tahun itu berada di tahap terbaik di sepanjang musim ini dan telah menjadi bintang yang paling bersinar di dalam liga, berbeza jika dibandingkan ketika dia bermain untuk Chelsea beberapa tahun yang lalu.

Salah mengatakan persekitaran baru di Anfield membolehkannya untuk menyinar.

“Di Chelsea, saya tidak dapat bermain, jadi saya kurang mendapat peluang. Saya katakan kepada semua rakan-rakan saya, dan dikebanyakkan temubual bahawa saya mahu kembali (bermain).

“Saya sangat sukakan Liga Perdana Inggeris. Saya rasakan ia mempunyai corak permainan seperti saya. Saya sangat suka bermain di dalam Liga Perdana Inggeris.

“Saya katakan sejak hari pertama saya tiba bahawa saya gembira di Liverpool dan saya mahu menunjukkan corak permainan saya di sini. Jika anda lihat saya sekarang dah lima tahun dahulu, segalanya telah berubah – mental, fizikal…segalanya.”

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button