Teknologi

Berjauhan Dengan Telefon Anda Selama 24 Jam

Dengan kehidupan yang sibuk serta huru-hara, berjauhan dengan dunia maya dan telefon pintar mungkin dapat memberi perasaan yang menyegarkan. Tetapi bolehkah anda berjauhan dengan telefon pinta selama 24 jam? Di sini, kami berikan beberapa tips untuk memudahkan anda ‘menutup’ kehidupan huru-hara tersebut untuk ‘reset’ kehidupan anda semula.

Tetapkan peraturan anda

Adakah anda hanya mahu berhenti menggunakan telefon pintar anda? Atau adakah anda mahu mengelakkan daripada mengguna sebarang alat peranti yang membenarkan akses kepada internet? Ini termasuk tablet, smartwatch, komputer riba dan komputer desktop.

Beri amaran

Beritahu ibu bapa, kawan, rakan sebilik, bos atau orang lain yang mungkin cuba menghubungi anda bahawa anda akan berhenti menggunakan telefon pintar. Perkara ini dapat membantu anda bersedia dan menganggap anda bertanggungjawab.

Ajak orang yang lain

Sebaik-baiknya, semua orang di rumah anda harus mengambil bahagian. Minta rakan anda untuk bersama-sama berhenti menggunakan telefon pintar atau pos di media sosial dan menjemput orang lain untuk menyertai anda.

Buat perancangan

Jadualkan aktiviti yang menyeronokkan terlebih dahulu. Tetapkan temu janji bersama rakan anda, letakkan buku yang anda teringin untuk membaca di atas meja tulis, sediakan resipi yang anda ingin cuba memasak atau bersihkan debu daripada alat muzik anda. Jika seluruh keluarga bersepakat tidak menggunakan telefon pintar, bawa keluar permainan papan atau merancang untuk pergi hiking.

Sediakan mesej balasan automatik

Perasaan takut terlepas mesej penting membuatkan ramai tidak mahu berjauhan dengan telefon mereka. Penyelesaiannya adalah dengan mesej balasan automatik yang mengatakan bahawa anda akan membalas pada keesokan harinya. Lakukan perkara yang sama untuk e-mel anda.

Tulis di atas kertas

Tulis nombor telefon orang yang anda mungkin mahu hubungi. Jika anda berada di kawasan baharu, cetakan atau tulis arah di atas kertas. Anda juga boleh meminta petunjuk dari orang di sekeliling anda.

Simpan senarai

Sediakan kertas atau buku nota kecil untuk menulis perkara yang anda ingin lakukan atau beli setelah 24 jam tanpa telefon pintar sudah berakhir. Anda mungkin mendapati bahawa setelah telefon pintar anda dibuka kembali, anda tidak akan fikirkan tentang senarai ini.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker