HiburanTeknologi

4 Filem Permainan Video Yang Anda Perlu Tonton

Terdapat banyak filem yang hebat diluar sana dan antara konsep filem tersebut adalah tertemakan permainan video.

Jika hendak disenaraikan filem-filem bertemakan ‘video games’, sudah tentu banyak sekali seperti Resident Evil, Tomb Raider, Assassin’s Creed dan banyak lagi.

Tetapi di sini kami senaraikan 4 filem yang kami rasakan sangat hampir dengan konsep ‘video games’ itu sendiri.

Wreck-It Ralph (2012)

Filem yang mengisahkan dunia permainan video arked yang dilihat dari kaca mata watak itu sendiri, Ralph dan beberapa watak permainan lain.

Apa yang menarik adalah ia mengimbau kembali konsep permainan arked 80an dan 8-bit yang kanak-kanak 90an pasti tersenyum bila mengimbaunya kembali.

 

Pixels (2015)

Sebuah filem arahan Adam Sandler, yang mengisahkan makhluk asing yang menyalah-tafsirkan ‘video masa’ tentang kejohanan permainan arked dan menganggapnya sebagai cabaran perang galaksi oleh penduduk bumi.

Pixel menunjukkan bahawa suatu masa dahulu permainan arked merupakan permainan yang mencabar dimana pemain perlu berfikir 3 atau 4 langkah dihadapan untuk memenangi sesuatu peringkat. Filem ini juga mengenalkan kembali permainan yang hebat suatu masa dahulu seperti Space Invaders, Galaga, Arkanoid, Centipede, Dongkey Kong malah Pac-Man.

 

Scott Pillgrim VS The World (2010)

Mengisahkan seorang pemuda bernama Scott Pillgrim yang harus menewaskan 7 bekas kekasih Ramona Flowers jika mereka mahu teruskan perhubungan.

Uniknya filem ini adalah kesan khas dan elemen yang digunakan mengikut rekaan permainan video 8-bit. Dari kesan bunyi dan visual ia sangat berwarna warni dan seronok ditonton.

 

Ready Player One (2018)

Pada tahun 2045, seluruh penduduk bumi lebih berhubung di antara sama lain di dalam alam maya yang dikenali sebagai OASIS. Namun, setelah pengasasnya meninggal dunia, beliau meninggal harta karun yang disembunyikan untuk seluruh pengguna OASIS berlumba mencarinya. Pemain pertama yang menjumpai harta karun itu akan memiliki kekayaan dan menjadi tuan baru kepada OASIS.

Biarpun filem ini tidak seperti permainan video games biasa, namun ia merupakan berkonsepkan permainan video generasi sekarang di masa hadapan. Pemain lebih banyak berhubung secara online dari biasa.

Anda juga akan dapat melihat cameo-cameo dari watak-watak permainan video dan animasi popular seperti Ryu (Street Fighters), Akira, Speed Racer, Tracer (Overwatch) malah robot popular, Gundam.

 

Senarai ini hanyalah filem-filem yang kami rasakan sangat sesuai dengan tema ‘permainan video’. Namun banyak lagi filem bertema permainan video yang setanding dan wajib untuk gamers tonton.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button