Hiburan

Dunia Star Wars Direalisasikan Di Disneyland

Peminat dunia Star Wars kini ada satu lagi impian baru untuk dipenuhi iaitu berkunjung ke taman tema Star Wars!

Taman tema itu bakal merealisasikan serta menghidupkan segala aksi yang dipapar di dalam filem sebelum ini ke dunia nyata.

Umum mengetahui keterujaan peminat, Disney telah mengeluarkan video dron, bagi menunjukkan perkembangan pembinaan taman tema itu, yang dikenali sebagai Star Wars: Galaxy’s Edge.

Kawasan ini akan berubah menjadi planet Batuu, pangkalan di pinggir galaksi yang merupakan pusat pengembara dan penyeludup di seluruh alam semesta.

Perancangan taman tema seluas 14 ekar ini diumumkan pada 2015 dengan pembinaannya secara rasmi bermula pada April 2016.

Tarikan terbaru yang dibina di dalam Taman Tema Disneyland di Anaheim, California dan Disney World di Orlando, dijadual dibuka kepada pengunjung pada 2019, tulis Astro Awani.

Kedua-dua taman ini akan memberi pengunjung peluang menaiki Millenium Falcon untuk mengikuti misi rahsia dan mengalami pertempuran antara ‘First Order’ dan ‘The Resistance’.

Selain menampilkan dua permainan ikonik, taman tema ini turut menawarkan pengalaman membeli belah.

Dengan keluasan hampir 7 hektar, video berkenaan menunjukkan pembinaan di Anaheim Disneyland Park, termasuk perancah yang menjulang tinggi.

Seperti yang dapat anda lihat dalam video di atas, projek ini masih jauh daripada siap. Menggunakan dron, Disney memperlihatkan tapak pembinaan yang sedang dijalankan yang mendedahkan struktur pergunungan yang tinggi seperti yang telah dilihat dalam pelan asal.

Peminat Star Wars pasti tidak biasa dengan kawasan itu kerana Disney mendedahkan taman itu tidak akan berdasarkan lokasi dari filem itu. Sebaliknya ia adalah inspirasi planet luar yang dikenali sebagai Batuu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Robert Iger mengumumkan penambahan besar ke Disneyland Paris yang akan membawa beberapa hits dan pengambilalihan terbaru syarikat itu ke taman temanya di Paris.

Dengan kelulusan Presiden Perancis Emmanuel Macron, Disney mengumumkan pelan pengubahsuaian berjumlah $ 2.4 bilion yang akan menambah kawasan baru berdasarkan Marvel, Star Wars dan Frozen di Walt Disney Studios Park, taman kedua daripada dua buah taman tema di Disneyland Paris.

Show More

Related Articles

Back to top button