Events

Tawaran Menarik Di MATTA Fair 2018

MATTA Fair

Tempat: Putra World Trade Centre (PWTC), KL
Tarikh: 16 – 18 Mac 2018
Date: 10 pg – 9 mlm

Jangan ketinggalan acara MATTA Fair tahun ini di mana anda boleh menikmati tawaran pelancongan hebat ke mana-mana destinasi di dalam ataupun di luar Malaysia. Dengan 1,200 booth, anda pasti dapat tawaran menarik untuk anda dan keluarga. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.


John Legend live in KL

Tempat: Arena of Stars, Resorts World Genting
Tarikh: 17 Mac 2018
Masa: 8:30 mlm
Yuran Kemasukan: Tiket bermula dari RM366. Untuk membeli sila klik di sini.

Penyanyi R&B terkenal John Legend bakal membawa siri jelajahnya yang dipanggil Darkness And Light ke Malaysia. Pemenang anugerah Grammy ini bakal mengadakan konsert di Arena of Stars di Resort World Genting, Genting Highlands pada 17 Mac, 2018. Album terbaharunya merangkumi lagu-lagu hit seperti Love Me Now dan Penthouse Floor.


League of Legends Championship Malaysia Semi & Grand Finals

Tempat: Quill City Mall, Kuala Lumpur
Tarikh: 17 – 18 Mac 2018
Masa: 11pg – 9 mlm

Saksikan 3 pasukan teratas League of Legends di Malaysia bertarung untuk merebut gelaran nombor satu. Jangan lupa turun padang dan berikan sokongan kepada pasukan kegemaran League of Legands anda di Quill City Mall.


GAMARJOBAT ASIA TOUR 2018

Tempat: WOW KL
Tarikh: 17 Mac 2018
Masa: 3:00 mlm / 8.00 mlm

Komedi duo terkenal di dunia, ‘Gamarjobat’ akan kembali ke Malaysia pada 17 Mac ini dengan Jelajah Asia mereka! Persembahan komedi mereka selalunya terdiri daripada mime dan akrobatik yang lawak, jadi anda tak perlu risau kalau tak faham bahasa Jepun.


From Spain With Love

Tempat: Dewan Filharmonik Petronas Kuala Kumpur
Tarikh: 16 – 17 Mac2018
Time: 8.30 mlm
Yuran Kemasukan: Tiket bermula dari RM60. Untuk membeli, sila klik di sini.

Mulakan perjalanan anda ke Spain dengan persembahan lagu Falla’s El Amor Brujo Suite, yang menceritakan kisah yang bertepuk sebelah tangan. Kemudian, saksikan persembahan dari Rodrigo’s Concerto de Aranquez, pemain gitar Flamenco terkenal. Akhiri perjalanan anda dengan musikal dari Rimsky-Korsakov.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close