HiburanTeknologi

PUBG Mobile Diuji Diperingkat Beta di Kanada

PUBG atau Player Unknown’s Battlegrounds, permainan ‘shooting-survival’ yang popular di PC dan Xbox One kini mengorak langkah memasuki pasaran telefon pintar di Amerika.

Sebelum ini, Tencent Games dengan kerjasama Bluehole, hanya membangunkan PUBG Mobile khas untuk pengguna di China sahaja.

Pada 15 Mac, 8.00 malam (waktu Kanada) PUBG Cooperation telah melancarkan versi beta untuk diuji. Namun buat masa ini, versi beta tersebut hanya boleh dimuat turun oleh pengguna Android yang menetap di Kanada sahaja.

Seperti versi China, PUBG Mobile ini juga memberikan pengalaman permainan penuh seperti di dalam PC dan Xbox One yang membolehkan seramai 100 pemain bertarung di dalam satu-satu sesi.

PUBG Cooperation akan menguji permainan ini sebelum dilancarkan secara global termasuk pasaran iOS dalam beberapa bulan yang akan datang.

PUBG merupakan permainan ‘shooting-survival’ berkonsepkan battle royale di mana pemain akan berlawan sesama sendiri dan menjadi orang yang terakhir hidup untuk menang.

Populariti permainan PUBG ini semakin meningkat di seluruh dunia dengan jumlah pemain melebihi 40 juta untuk pelantar PC dan Xbox One.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker