Isu SemasaTempatan

58% Rakyat Malaysia Dipengaruhi Media Sosial Apabila Membeli Belah

58% pembeli di Malaysia dipengharuhi oleh media sosial apabila membeli-belah di dalam talian dan juga di dalam kedai.

Tinjauan PricewaterhouseCoopers’s (PwC) Global Consumer Insights telah menilai tingkah laku perbelanjaan dan tabiat 22,481 pembeli dari 27 negara – 49% daripadanya adalah lelaki dan 51% adalah perempuan.

Menurut laporan tersebut, apabila membeli belah di dalam talian dan di dalam kedai, media sosial memainkan peranan yang paling besar ketika mimilih pembelian mereka.

Hal ini adalah lebih ketara di Timur Tengah dengan 70% pembeli yang ditinjau berkata media sosial ‘mengambil alih’ pembelian mereka.

Indonesia dan Malaysia masing-masing memegang 58% sementara itu, pembeli belah dari China memegang 52%.

Kajian tahunan PwC ini juga mendapati membeli belah menggunakan aplikasi telefon bimbit semakin mendapat tarikan pembeli global.

“Pembelian menggunakan telefon bimbit telah meningkat sehingga 17% daripada semua perbelanjaan, iaitu lebih dua kali ganda dalam tempoh enam tahun, dan ia mungkin akan mengambil alih kaedah pembelian menggunakan  komputer.

“Kemudahan juga memainkan peranan, dengan separuh daripada semua responden menggunakan telefon pintar untuk membayar pembelian di kedai,” kata laporan itu.

Menurut kaji selidik tersebut, 41% responden mengatakan bahawa mereka akan membayar caj tambahan untuk penghantaran pada hari yang sama atau lebih cepat, 44% untuk slot waktu tertentu, dan 38% akan mempertimbangkan drone sebagai kaedah penghantaran.

Kedai fizikal masih boleh berkembang maju

Walaupun dominasi kedai dalam talian adalah besar, masih terdapat ruang untuk kedai fizikal berkembang maju.

Dalam empat tahun berturut-turut, bilangan responden yang mengatakan mereka membeli di kedai fizikal telah meningkat setiap minggu pada tahun ini, dengan sebanyak 3% hingga 44%.

“Daripada mereka yang ditinjau, 41% berkata mereka selesa dengan kedai yang memantau tabiat membeli-belah mereka dengan menawarkan tawaran istimewa untuk mereka.

“Sebaliknya, lebih daripada 37% pengguna risau tentang privasi mereka, dan membantah kedai yang menyasarkan mereka dengan tawaran,” kata John Maxwell, pemimpin Global Consumer Markets di PwC.

Di peringkat global, majoriti pengguna yang ditinjau merancang untuk menghabiskan perbelanjaan yang sama atau lebih daripada tahun lepas, 38% berkata mereka mahu mengekalkan perbelanjaan yang sama, dan 37% merancang untuk berbelanja lebih banyak.

Show More

Related Articles

Back to top button