AntarabangsaIsu SemasaPolitik

5 “Rancangan Besar” Pembangunan Negara China

Selain daripada memansuhkan had penggal pemerintahan presiden, rancangan penstrukturan semula kerajaan China turut memberi kuasa yang lebih luas kepada presiden Xi Jinping untuk menggabungkan, menubuhkan atau menutup mana-mana agensi.

Sebanyak 26 kementerian ditugaskan untuk mengawal selia industri dan inisatif seperti yang tertakluk di bawah dasar agenda Xi.

Berikut adalah beberapa perkara utama di dalam pelan itu:

 

1. BANK PUSAT LEBIH BERKUASA

Kerajaan China memberi kuasa besar kepada bank pusat untuk menetapkan peraturan bagi sebahagian besar sektor kewangannya, sambil menggabungkan Suruhanjaya Peraturan Perbankan dan Suruhanjaya Peraturan Insurans.

Langkah ini akan mewujudkan struktur pengawalseliaan kewangan yang baru dengan Bank Rakyat China yang berperanan sebagai penentu trend pasaran.

 

2. PEMANTAU ALAM SEKITAR YANG LEBIH KUKUH

China mengukuhkan lagi sistem penjagaan alam sekitarnya dengan menubuhkan sebuah agensi baru, iaitu Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar.

Kementerian baru ini akan memikul sesetengah tanggungjawab yang dipegang oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, yang juga merupakan badan perancang negara.

“Ini adalah selaras dengan idea untuk menggabungkan kuasa dalam satu kementerian untuk mewujudkan rancangan alam sekitar yang lebih kukuh dan terancang,” kata Li Shuo, penasihat dasar iklim di Greenpeace East Asia.

 

3. PENUBUHAN AGENSI KHAS UNTUK “PROJEK PILIHAN” PRESIDEN

Rancangan ini menyaksikan gabungan unit-unit yang kurang diberi perhatian di bawah Kementerian Perdagangan dan Kementerian Luar.

Oleh itu, sebuah badan baru (hasil gabungan kedua-dua kementerian) yang bertanggungjawab ke atas pembangunan antarabangsa akan diwujudkan, antaranya adalah untuk menyelia inisiatif bantuan global yang dilaksanakan oleh China.

Menurut Yanmei Xie, seorang penganalisis politik di Beijing, agensi berkenaan akan menawarkan khidmat birokrasi kepada Inisiatif Belt and Road, iaitu sebuah program gergasi untuk membina/meluaskan jalan raya, landasan kereta api, pelabuhan, saluran paip dan juga loji jana kuasa di seluruh dunia.

4. MEMPERKASAKAN PERATURAN ANTI-MONOPOLI
Agensi pengawasan pasaran yang baru ini berperanan untuk memantau dengan lebih ketat syarikat-syarikat yang beroperasi di China.
David Cohen, pengurus di sebuah syarikat rundingan mengenai dasar China menyatakan bahawa ini merupakan agensi pakar pertama di negara itu yang memfokuskan isu-isu anti-monopoli

 

Badan berkenaan juga akan meneliti serta memantau Pejabat Harta Intelek Negara, yang berpotensi untuk menjadi pertikaian perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China.

 

5. ‘KEMENTERIAN MEGA’ BARU UNTUK SEKTOR PERTANIAN

China juga sedang membangunkan agensi pertanian yang lebih berkuasa dengan menyerap masuk peranan yang dipegang oleh NRDC dan tiga kementerian, iaitu perdagangan, sumber tanah dan juga air.

“Membuat penyelarasan bagi menangani isu-isu utama adalah langkah yang sangat bagus dalam memastikan syarikat-syarikat perniagaan hanya perlu berurusan dengan satu badan pengawal selia sahaja”, kata Chu, seorang pakar dari Albright Stonebridge.

Namun, kerajaan China masih belum menetapkan siapa yang akan mengendalikan kementerian-kementerian baru ini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close