Makan & Minum

Pasembur: Di Mana Paling Best Di KL

Di Pulau Pinang, pasembur adalah popular sebagai makanan yang wajib dinikmati setiap pelancong dan ia boleh didapati di sekitar Padang Kota Lama, tapak penjaja sementara di Jelutong dan Persiaran Gurney.

Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Ia merupakan salad India Malaysia yang terdiri daripada hirisan timun, sengkuang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng dan lain-lain lagi yang dihidang bersama kuah kacang manis berempah.

Tetapi bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur, terdapat juga beberapa gerai yang menjual pasembur yang pasti menambat selera.

Di sini kami senaraikan 5 gerai passembur yang paling sedap di sekitar Kuala Lumpur:

Hasan’s Rojak

Jalan 21/17, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Pemilik gerai Umar Sikkandarsha Hasan mula perniagaanya pada tahun 1990 pada lokasi yang sama. Ketika itu, dia menjual pasembur di atas motorsikal sebelum beralih kepada sebuah van.

Pasembur di sini mempunyai kepedasan yang tersendiri dan tidak berapa manis. Bahan-bahan lain yang digunakan adalah timun, sengkuang, tauhu, cucur dan telur.

Di sini terdapat dua jenis pasembur; rojak sotong (RM6.50) dan Rojak Biasa yang dihidangkan bersama telur (RM4.50).

Hasan’s Rojak dibuka dari 10 pagi hingga 4.30 petang setiap hari, kecuali hari Jumaat.

Rojak & Cendol Din

Tasik Hilir (pintu masuk), 55000 Ampang Jaya, Selangor

Pemilik Jainal Abusin Noordin telah menjalankan perniagaan keluarganya selama 12 tahun dan gerai di TTDI ini merupakan salah satu daripada empat gerainya. Tiga gerai yang lain berada di Jalan Kuching dan Sri Hartamas.

Bapanya, Noordin telah memulakan perniagaan ini dan mempelajari resipi keluarga untuk mendapatkan kuah kacang rojak yang pedas dan sedap.

Rojak sotong dijual pada harga RM7, Rojak Mee pula berharga RM5.50, dan Rojak Mee Sotong dijual pada harga RM7.50.

Rojak SS15 Subang Jaya

47, Jalan 52/18, Pj New Town, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Rojak Sotong & Telur di sini dijual pada harga RM6. Kuahnya tidak sepedas atau semanis seperti di tempat-tempat yang lain. Namun, rasa keseluruhannya memang lazat.

Gerai ini dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 6 petang.

Rojak Bellamy

63, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Di sini, terdapat Rojak Ayam, iaitu pasembur bersama ayam goreng yang dijual pada harga RM7. Campuran ini sangat lazat, tetapi ia kekurangan sayur-sayuran dan kentang. Gerai ini juga menghidangkan Rojak Biasa, Rojak Sotong dan Rojak Mee Ayam.

Gerai ini dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam.

Rojak Sentul

Jalan Bukit Pantai, Kuala Lumpur

Van berwarna putih yang menjual pasembur di Jalan Bukit Pantai ini telah menjalankan perniagaan selama lima tahun.

Jika anda minat kuah rojak yang sedikit manis, pasembur di sini sesuai untuk anda. Di sini terdapat Rojak Biasa yang berharga RM6, Rojak Mee yang berharga RM7 dan Rojak Special yang berharga RM8.

Rojak Sentul dibuka setiap hari (kecuali hari Ahad) dari 10.30 pagi hingga 6 petang.

Show More

Related Articles

Back to top button
Close