AntarabangsaIsu SemasaPolitik

Xi Jinping “Bukan Presiden” Belia China?

Baru-baru ini, parlimen China telah meluluskan pindaan perlembagaan yang memansuhkan had penggal pemerintahan seseorang presiden di negara itu, sekali gus membolehkan presiden Xi Jinping memerintah seumur hidup.

Kelulusan pindaan ini juga membuktikan bahawa Xi adalah individu yang paling berkuasa dan berpengaruh dalam sejarah 40 tahun, sejak zaman pemimpin tertinggi China terdahulu, Mao Zedong.

Semasa proses undian, hanya dua 2 daripada 3,000 orang anggota sahaja yang menolak, sementara 3 lagi memilih untuk tidak mengundi (terkecuali)

Walau bagaimanapun, langkah pembaharuan ini turut mendapat reaksi negatif, khususnya daripada golongan muda yang membantah pemerintahan kuku besi.

Poster “Not My President” yang ditampal oleh pelajar

Memetik laporan BBC, pelajar-pelajar universiti warga China telah membuat poster kritikan sebagai tanda protes terhadap keputusan yang diambil oleh kerajaan negara itu.

Poster tersebut diisi dengan ayat-ayat seperti “bukan presiden saya” (Not My President) dan “saya membantah” (I disagree) yang ditulis dalam Bahasa Cina dan Inggeris.

Sementara itu, frasa “Not Myy President” juga telah digunakan oleh penunjuk perasaan di AS untuk membantah kepimpinan Donald Trump.

Namun, kempen bantahan ini hanya dilakukan oleh para pelajar tempatan yang menuntut di universiti-universiti di negara Barat, termasuk United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), dan Hong Kong.

Di UK, poster-poster tersebut kelihatan dipasang di London School of Economics dan University of Edinburgh.

Ia turut dipasang di di beberapa institusi pengajian tinggi di AS, selepas sebuah akaun Twitter @StopXiJinping menggalakkan orang ramai untuk memuat turun poster tersebut.

Difahamkan, akaun berkenaan mempunyai lebih daripada 3,000 pengikut, di mana mereka terdiri daripada pelajar China yang menetap di luar negara dan enggan identiti mereka didedahkan.

Dalam sebuah temu bual, salah seorang penganjurnya menyatakan bahawa perbezaan pendapat di China akan menyebabkan akaun media sosial seseorang itu dinyahaktifkan, dan perbincangan mengenai topik-topik tertentu juga akan diharamkan terus.

Hal ini menyebabkan ramai orang tidak mahu terlibat dalam sebarang perbincangan, khususnya yang berkaitan dengan politik negara.

“Ini sangat malang kerana meluahkan idea yang berbeza melibatkan soal maruah. Namun, kebebasan bersuara di negara-negara Barat dilindungi, dan di sinilah kempen kami dapat dilaksanakan,” katanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker