Politik

Tugas Rakyat Kembalikan Moral Dalam Politik

Tidak lama lagi negara akan menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang disebut-sebut sebagai “ibu semua pilihan raya” tetapi beberapa PRU yang sebelum ini turut diberikan label yang sama dan ia tidak lagi memberi impak kepada rakyat Malaysia.

Pilihan raya adalah pilihan raya. Ia akan diadakan setiap lima tahun seperti mana peruntukan Perlembagaan.

Pilihan raya akan memberi kuasa kepada mereka yang menang. Dalam pilihan raya yang bebas dan adil, semua orang menang dan kalah. Dalam sistem “satu orang, satu suara”, setiap orang mempunyai hak untuk membuat keputusan.

Pilihan raya bukan bermakna pemenang memiliki semua kuasa, tetapi ia sepatutunya turut menjadi kemenangan rakyat.

Kita telah melalui 13 pilihan raya umum. Sama ada baik atau buruk, demokrasi telah menjadi tunjang kewujudan Malaysia. Selain daripada Peraturan Kecemasan selepas insiden 13 Mei pada tahun 1969, demokrasi dilihat masih berjalan dengan baik.

Politik boleh menjadi kejam dengan perkara-perkara apabila ia dikaitkan dengan hubungan kaum. Ada orang yang akan menggunakan politik perkauman untuk memenuhi kepentingan mereka sendiri.

Sentimen perkauman boleh membuatkan ahli politik popular, bahkan dipuji sebagai seorang pahlawan kepada komuniti tertentu. Tetapi, implikasi yang memudaratkan boleh berlaku.

Itulah sebabnya kita memerlukan ketelusan dan kesopanan dalam permainan politik. Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi. Sayang sekali, kita belum melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perundingan Negara tentang Pembiayaan Politik.

Pembiayaan Politik boleh menjadi undang-undang yang berkesan untuk meningkatkan tadbir urus kerana jika parti-parti politik telus dalam kegiatan kewangan mereka, kerajaan juga akan dilihat mempunyai integriti yang tinggi.

Pilihan raya bukanlah permainan yang hanya memberi kelebihan kepada si pemenang. Ia adalah tentang penghormatan, integriti dan yang paling penting toleransi antara semua pihak.

Melihatkan situasi terkini politik negara, agenda ini dilihat masih jauh daripada terlaksana. Perjuangan politik dicemarkan dengan fitnah, berita palsu dan pelbagai kontoversi serta skandal.

Pengundi dan rakyat juga dilihat semakin giat melabel ahli politik dengan tomahan negatif. Perbuatan sebegini sebenarnya sudah tidak berguna kerana lumrah sebagai ahli politik, mereka akan sentiasa dihujani dengan pelbagai kontroversi dan kritikan sehingga mereka mungkin sudah kebal terhadapnya.

Namun begitu, kuasa memerintah tetap milik mereka dan kita tidak boleh harap perubahan dari ahli politik itu sendiri. Oleh itu, sudah menjadi tugas rakyat untuk menukar landskap politik negara.

Rakyat sepatutnya belajar daripada remaja Amerika selepas insiden penembakan di High School Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida.

Gerakan bantahan “#NeverAgain” mereka mendapat perhatian negara sehingga penggubal undang-undang dan perniagaan memikirkan semula sokongan mereka untuk Persatuan Rifle Nasional Amerika yang berkuasa.

Suara remaja akan didengar dan diberi perhatian kerana sokongan mereka amat penting dalam perjalanan politik. Jadi, tugas untuk membawa kembali kewarasan dalam politik bukanlah tugas ahli politik, sebaliknya tersandar di bahu rakyat. – The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker