Teknologi

Di YouTube, ‘Berjaya’ Tidak Semestinya Kaya

Mereka yang lahir selepas YouTube ditubuhkan pada tahun 2005, telah membesar dengan video-video ciptaan Jake Paul, PewDiePie dan Zoella, yang memuat naik video tentang kehidupan seharian mereka, permainan video dan  juga fesyen. Populariti dan kejayaan mereka telah membuatkan ‘Youtuber’ sebagai satu kerjaya yang popular.

Satu dalam tiga kanak-kanak di Britain yang berumur enam hingga 17 tahun memberitahu sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh Bärtl tahun lepas bahawa mereka mahu menjadi seorang ‘YouTuber’ sepenuh masa. Angka tersebut adalah tiga kali ganda lebih banyak daripada mereka yang mahu menjadi seorang doktor atau jururawat.

Tentunya matlamat utama adalah untuk menjadi seorang ‘superstar’. 1% pencipta kandungan terkenal mendapat 2.2 juta hingga 42.1 juta tontonan setiap bulan pada tahun 2016.

‘Youtuber’ terkenal selalunya mendapat pendapatan sampingan melalui penajaan atau tawaran lain. Oleh itu, ia sukar untuk menentukan pendapatan mereka.

Kadar bayaran untuk periklanan di YouTube berubah dari semasa ke semasa, tetapi kajian Bärtl menganggarkan pendapatan $1 (RM3.90) untuk setiap 1,000 tontonan seorang ‘YouTuber’ untuk mengira anggaran pendapatan mereka.

Jurucakap YouTube berkata syarikatnya sedang berusaha untuk membantu orang ramai meraih lebih banyak pendapatan, seperti melalui penajaan dan ciri tambahan lain yang membolehkan penonton membayar untuk memberi ulasan mereka.

Tambahnya lagi, jumlah akaun YouTube yang memperoleh pendapatan sebanyak enam angka meningkat kepada 40% setiap tahun.

“Kami terus melihat pertumbuhan yang luar biasa bersama pencipta kandungan di YouTube,” katanya.

Mereka yang cuba untuk berjaya di YouTube telah lama mengadu syarikat itu lebih memihak kepada sesetengah ‘YouTuber’ terkenal dengan lebih banyak mempromosikan mereka.

Jarak ketidakseimbangan itu besar dan semakin teruk, menurut penyelidikan Bärtl: Pada tahun 2006, 3% ‘YouTuber’ terkenal telah menyumbang 63% daripada semua tontonan.

Kem ‘YouTuber’

Tiada uji bakat atau studio yang diperlukan untuk membuat sebuah video. Secara teorinya, anda hanya memerlukan kamera dan akses kepada Internet.

Namun, terdapat kelas profesional dan kem khas untuk menjadi seorang ‘YouTuber’. Kem musim panas di AS boleh menelan kos sebanyak $569. Membeli peralatan yang sama yang digunakan oleh Casey Neistat, seorang YouTuber yang terkenal, akan menelan perbelanjaan sebanyak $3,780.

Mencuba nasib

Asher Benjamin, seorang pelajar sains komputer di Grand Canyon University di Phoenix, telah menghabiskan sebanyak $460 pada kamera dan tripod untuk channel YouTubenya, di mana dia memuat naik video setiap hari.

Kini, sebanyak 150 video tentang kehidupan hariannya, atau vlog, telah dimuat naik.

“Saya tidak pasti jika perjalanan ini akan membawa saya ke mana-mana,” katanya. “Seronok jika saya dapat menjadikannya satu kerjaya, tapi kita akan lihat nanti.”

Benjamin menghabiskan sejam setiap hari menyunting video dan dia menaruh harapan bahawa video-videonya boleh mampu menjadikan ‘YouTuber’ sebagai satu kerjaya.

“Saya rasa jika saya terus memuat naik video, tiada sebab saya tidak boleh menjadikannya satu kerjaya,” katanya. Baru-baru ini dia mendapat 100 pelanggan atau ‘subscriber’ di YouTube, iaitu naik dari 71 sejak permulaan tahun ini.

Keadaan bertambah rumit

Youtube baru-baru ini membuat pengumuman bahawa keadaan hanya akan menjadi lebih sukar. Penonton wajib melihat sebanyak 4,000 jam daripada video mereka tahun lepas dan ‘YouTuber’ perlu 1,000 pelanggan atau lebih untuk menjadi layak meraih pendapatan daripada pengiklanan.

Tetapi terdapat satu kawasan yang lebih senang untuk dilalui. Jika anda masih mahu mencuba nasib untuk menjadi YouTuber berjaya, anda mungkin perlu pandai bermain permainan video.Kaji selidik tersebut menunjukkan ‘YouTuber gamer’, seperti Felix “PewDiePie” Kjellberg, yang mempunyai 60 juta pelanggan, mempunyai 14 kali ganda lebih banyak peluang daripada ‘vlogger’ tradisional yang selalu memuat naik video tentang kehidupan seharian.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker