Hiburan

5 Drama Korea 2017 Yang Anda Wajib Tonton

Drama Korea telah semakin mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Dengan lakonan yang mantap dan pelakon yang kacak dan cantik, serta jalan cerita yang rumit dan menyentuh hati telah membuatkan penonton lebih ketagih dengan drama-drama mereka. 2017 tidak ketinggalan dalam menyaksikan beberapa siri terbaik  dari negara itu dan di sini kami telah senaraikan lima drama yang anda wajib tonton.

1. Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Drama ini mengisahkan tentang dua atlet dalam kategori sukan yang berbeza. Suatu ketika dahulu mereka pernah terjumpa dan disebabkan sehelai sapu tangan, sebuah hubungan cinta mula terjalin.

2. Strong Woman Do Bong Soon

Bong-Soon dilahirkan dengan kekuatan yang luar biasa. Disebabkan kekuatannya, Bong-Soon diambil sebagai pengawal peribadi seorang CEO yang bernama Min-Hyuk. Kook-Doo pula merupakan seorang detektif dan juga kawan baik Bong-Soon sejak kecil. Pada suatu hari, beberapa kes jenayah telah berlaku di kawasan kejiranan Kook-Doo dan mereka bertiga bergabung tenaga untuk menyelesaikannya.

3. While You Were Sleeping

Nam Hong Joo sering mengalami mimpi yang berfirasat. Jung Jae Chan adalah seorang pendakwa yang tinggal berdekatan dengan Nam Hong Joo. Suatu hari Jung Jae Chan bermimpi Nam Hong Joo tercedera dalam satu kemalangan lalu cuba untuk mengelak perkara ini berlaku dalam kehidupan sebenar. Lama kelamaan mereka menyedari kehidupan mereka saling berkaitan. Dapatkah mereka menemui sebab mereka diketemukan dan mengelakkan orang yang paling dekat dalam hidup mereka daripada tercedera?

4. Prison Playbook

Drama ini memaparkan kehidupan beberapa banduan dan kakitangan di dalam penjara. Dalam satu kisah tragedi, Je-Hyeok, seorang pemain baseball terkenal disabit atas kesalahan menggunakan kekerasan yang keterlaluan lalu dipenjara selama setahun. Di situ, dia mencuba untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di penjara.

5. Goblin: The Lonely and Great God

Kim Shin adalah seorang goblin atau seorang pelindung jiwa yang telah menerima sumpahan yang membuatkannya hidup selamanya. Dia tinggal bersama-sama dengan malaikat maut amnesia yang bertanggung jawab mengambil jiwa orang meninggal. Satu-satunya cara untuk menghentikan sumpahan tersebut adalah dengan berkahwin dengan seorang wanita. Sementara itu, Ji Eun Tak, seorang penuntut universiti yang optimis akhirnya jatuh cinta dengan si goblin.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker