Gaya HidupTeknologi

Telefon Pintar Lama Anda Mengancam Alam Sekitar?

Sejak kebelakangan ini sudah berapa banyak telefon pintar anda tukar? Jika anda trade-in dengan yang baru, ke mana pergi telefon pintar anda yang lama?

Menurut pakar kumpulan Greenpeace Amerika, hanya 20% daripada telefon pintar anda boleh dikitar semula. Jadi 80% lagi merupakan sisa bahan yang sukar untuk lupus.

Sebuah telefon pintar diperbuat daripada 50 jenis bahan termasuk bahan yang sukar dijumpai dan terdapat bahan yang hanya boleh ditemui di tempat berkonflik seperti Democratic Republic of Congo.

Oleh sebab 60% telefon pintar diperbuat di China, mereka menggunakan arang batu sebagai tenaga maka menghasilkan sebuah telefon pintar menggunakan tenaga yang tidak boleh dikitar semula pada kadar yang tinggi.

Laporan UN mencatatkan peranti kecil seperti telefon pintar menyumbang sebanyak 9% sisa elektronik pada tahun 2016 yang mengalami peningkatan dari tahun 2014. Namun begitu, banyak syarikat kecil-kecilan telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki telefon yang rosak untuk dijual semula.

Penganalisis Deloitte berkata penjualan telefon pintar yang terpakai akan meningkat sebanyak 20% sehingga 2020 namun pakar sisa elektronik tetap menasihatkan orang ramai untuk menggunakan telefon pintar mereka untuk jangka masa yang lama bagi mengurangkan tenaga pembuatan telefon pintar yang baru.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker