Isu SemasaTempatan

Selangor Tarik Minat Pelancong Eropah

Dengan pelancaran kempen baharu Discover Selangor, #TakeMeAnywhere di International Tourismus Borse  2018 (Pertukaran Pelancongan Antarabangsa) di Berlin baru-baru ini, negeri itu bakal menerima lebih ramai pelancong dari benua Eropah.

Kempen tersebut adalah platform untuk mempamerkan negeri Selangor ke Eropah.

Selangor, yang penuh dengan sejarah dan budaya, serta terkenal dengan bandar-bandarnya yang sibuk dan kawasan perkampungan yang indah, infrastruktur moden dan hidangan makanan yang enak, dilihat sebagai destinasi pilihan bagi pelawat tempatan dan antarabangsa.

Popularitinya di kalangan pelancong terserlah di dalam peningkatan pengunjung sejak beberapa tahun yang lalu.

“Daripada 7.4 juta pelancong antarabangsa yang direkodkan tahun lepas, 400,000 adalah dari Eropah. Jumlah itu meningkat 2% dari tahun sebelumnya,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Menurut Pengurus Besar Pelancongan Selangor Noorul Ashikin Mohd Din, slogan-hashtag #TakeMeAnywhere bertujuan untuk menunjukkan Selangor sebagai hab utama untuk pengangkutan, pembangunan, pelaburan, perniagaan, pendidikan, perubatan dan banyak lagi.

Beliau menambah bahawa acara kemuncak kempen Discover Selangor tahun ini akan menjadi acara “Visit Year” untuk daerah-daerah Selangor.

“Sebagai salah satu negeri paling maju di Malaysia, Selangor mempunyai banyak tempat bersejarah dan warisan yang menarik bagi pelancong. ‘Visit Year’ diperingkat daerah akan mendorong pihak berkuasa tempatan untuk membangun daerah mereka dengan banyak tempat menarik untuk menjadi lebih mesra pelancong dan mudah diakses pengunjung,” katanya.

Gambar oleh The Star

Antara daerah yang diketengahkan ialah Kuala Langat. Tarikan pelancong seperti Mah Meri Cultural Village di Carey Island, Kuala Langat mampu menarik minat ramai pelancong dari Eropah dan bahagian dunia lain.

Mah Meri adalah kumpulan orang asli dari Malaysia. Diterjemahkan sebagai “orang hutan” dalam bahasa mereka, orang-orang Mah Meri terkenal dengan ukiran kayu yang luar biasa, kraftangan tenunan, dan tarian tradisional.

Gambar oleh The Star
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker