AntarabangsaIsu Semasa

3 Kes Bunuh Berprofil Tinggi Menggunakan Racun

Pembunuhan menggunakan racun merupakan teknik yang paling popular untuk meragut nyawa musuh secara ‘halus’.

Kaedah ini dipercayai telah digunakan sejak zaman purba lagi, dan pakar sejarah juga masih lagi berdebat sama ada Cleopatra, Napoleon, dan Alexander the Great, dibunuh dengan cara sedemikian.

Dalam pada itu, dunia moden turut menyaksikan pelbagai cubaan membunuh menggunakan racun, namun 3 kes di bawah merupakan insiden yang membawa kepada kematian mangsa-mangsa yang terlibat:

 

1. PEMBUNUHAN GEORGI MARKOV, PENULIS BULGARIA

Semasa kemuncak Perang Dingin pada tahun 1978, seorang penulis warga Bulgaria, Georgi Markov yang bekerja di BBC World Service, sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas selesai bertugas.

Tiba-tiba, beliau terasa seperti ada cucukan di pehanya, dan terlihat seorang lelaki yang membawa payung berdekatannya.

Tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu, namun Markov telah menghembuskan nafas terakhir tiga hari kemudian.

Ramai pihak mempercayai bahawa beliau terkena damak diisi racun ricin yang ‘ditembak’ menggunakan payung itu.

Difahamkan, racun ricin adalah 6,000 kali ganda lebih kuat berbanding sianida, di mana jumlah kecil seperti secubit garam sudah cukup untuk membunuh seseorang.

Ajen perisik KGB dan pegawai kanan polis rahsia Bulgaria disyaki terlibat dalam kes itu, namun tiada seorang pun yang dibawa ke muka pengadilan sehingga ke hari ini.

 

2.  PEMBUNUHAN KIM JONG NAM

Pada 13 Februari 2017, kematian Kim Jong-Nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah mengejutkan seluruh dunia.

Jong-Nam telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) oleh dua orang wanita yang menyembur agen saraf VX ke mukanya.

Agen saraf merupakan bahan kimia yang boleh menghentikan sistem saraf serta fungsi badan.

Ia lazimnya memasuki sistem badan menerusi mulut, hidung dan juga boleh diserap menerusi mata atau kulit.

Menurut laporan media, beliau meninggal dunia di antara 15 hingga 20 minit selepas diserang.

 

3. KEMATIAN BEKAS PERISIK RUSIA

Pada 1 November 2006, bekas ejen perisik Rusia, Alexander Litvinenko bertemu dua orang kenalan tempatannya di sebuah hotel di London untuk berbincang mengenai peluang perniagaan.

Namun, ejen berusia 43 tahun itu terus jatuh sakit selepas meminum air teh yang sudah diisi dengan Poloniom-210, isotop radioaktif yang dihasilkan di Rusia.

Namun, bahan radioaktif tersebut tidak membunuh Litvinenko dengan serta-merta, tetapi ia sebaliknya meletakkan mangsanya dalam keadaan terseksa selama 3 minggu.

Beliau juga terpaksa ditanam terus di London untuk menghalang pembocoran dan penyebaran radiasi.

Kes itu turut menyebabkan huru hara dalam kalangan orang awam selepas kesan radioaktif ditemui di sekitar London, di mana media menyifatkannya sebagai “keganasan nuklear” yang pertama di dunia.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker