Teknologi

God of War Akan Dapat Bundle-nya Sendiri

Siri permainan aksi popular God of War bakal dilancarkan di seluruh dunia pada 20 April ini.

Dengan pelancaran ini, Sony Interactive Entertainment akan mengeluarkan set PS4 Pro Bundle God of War bersempena permainan ini.

Konsol ini direka hasil inspirasi daripada Leviathan Axe dengan warna kelabu yang dipanggil ‘Levianthan Grey’. Terdapat juga corak Norse (corak yang melambangkan alam di dalam God of Wars) direka atas konsol ini.

Levianthan Axe merupakan senjata watak utama permainan ini, Kratos.

Selain itu, Wireless Controller DualShock 4 juga disertakan dengan skema warna yang sama berserta logo Huldra Brothers dan logo God of Wars pada touchpad tersebut.

Bukan itu sahaja, pembeli juga akan mendapat permainannya berserta kandungan digital, dan baucer 3 bulan PlayStation Plus.

Buat masa ini harga masih belum ditetapkan namun ia dijangkakan sekitar RM1,999.

God of War (PlayStation 4) merupakan permainan aksi bertemakan mitos dan lagenda Greek yang popular di PlayStation. Permainan ini merupakan siri ke-8 God of War dan juga sekuel kepada God of War III.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker