Hiburan

Fakta Tentang Anak Patung Barbie

Barbie adalah anak patung yang telah menempa nama sebagai satu ikon budaya. Anak patung ini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan ramai kanak-kanak. Di sini kami senaraikan beberapa fakta tentang anak patung Barbie:

  1. Anak patung Barbie mula diperkenalkan di American Toy Fair di Bandar New York pada 9 Mac, 1959.
  2. Ia dicipta oleh Ruth Handler, pengasas bersama syarikat Mattel iaitu sebuah syarikat pembuatan permainan.
  3. Ruth memerhati anak perempuannya Barbara bermain dengan anak patung kertas lalu memutuskan untuk membina anak patung tiga dimensi yang akhirnya dinamakan Barbie, sempena nama anaknya.
  4. Pada tahun 2014, majalah Time meletakkan Barbie di kedudukan kedua di dalam senarai “The 13 Most Influential Toys of All Time” (13 Permainan Yang Paling Berpengaruh), kedudukan pertama menjadi milik LEGO.
  5. Satu patung Barbie dijual setiap 3 saat di seluruh dunia.
  6. Namun, keuntungan Mattel telah terjejas disebabkan Toys R Us yang jatuh muflis dan perubahan cita rasa pelanggan.
  7. Menurut The New Yorker, anak patung Barbie adalah permainan terlaris untuk kanak-kanak perempuan pada separuh abad pertama dengan sebanyak satu bilion anak patung dijual.
  8. Sembilan dalam 10 kanak-kanak di Amerika yang berumur 3 hingga 10 tahun memiliki sekurang-kurangnya satu anak patung Barbie.
  9. Barbie telah ditunjukkan memegang lebih daripada 150 bidang pekerjaan. Menurut, laman web rasmi, Barbie telah memainkan watak angkasawan (1965), ahli bomba (1995), pemandu kapal terbang (1999), saintis (2015) and president (2016).
  10. Barbie Amerika berkulit gelap pertama dilancarkan pada tahun 1980. Sejak itu, Mattel telah mencipta beberapa anak patung Barbie dengan tona kulit, warna rambut dan jenis badan yang berbeza.
  11. Pada bulan November 2017, Mettel mengumumkan Barbie hijab yang memakai tudung sebagai penghormatan kepada pemain pedang Amerika Syarikat Ibtihaj Muhammad, atlet wanita AS yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016
  12. Barbie termahal dijual ketika sesi lelongan yang dianjurkan oleh Christie di Bandar New York pada 2010 dengan harga AS $ 302,500.
  13. Patung tersebut direka oleh pakar barang kemas Australia Stefano Canturi, anak patung itu memakai gaun hitam dihiasi satu karat berlian berwarna merah jambu yang dikelilingi oleh tiga karat berlian putih. Hasil lelongan tersebut disalurkan kepada penyelidikan kanser payudara.
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker