Events

Jangan Lupa Sambut Hari Tanpa Kenderaan Di Shah Alam!

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Tempat: Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Tarikh: 11 Mac
Masa: 6.30 am – 9.30 am

Dengan tema ‘Earth Hour’, Shah Alam menganjurkan acara hari tanpa kenderaan di mana semua orang dijemput untuk mengambil bahagian dengan berjalan, berlari, berbasikal atau skate sepanjang laluan 5km. Selain itu, terdapat juga foodtruck, tempat berkelah, dan pertandingan. Jangan lupa datang bersama keluarga dan kawan-kawan untuk memeriahkan suasana.


Star Women’s Fiesta 2018

Tempat: The Starling Mall, Damansara Uptown
Tarkh: 10 – 11 Mac
Masa: 10 pagi – 8 malam

Fiesta dua hari ini memaparkan lebih daripada 150 booth tentang fashion, food, lifestyle, dan pengurusan kewangan. Selain itu, terdapat juga ceramah oleh para usahawan dan selebriti, sesi senaman, menanam, makeover, manicure, dan lebih banyak lagi!


Market & Picnic

Tempat: Mari House
Tarikh: 10 – 11 Mac
Masa: 10 pagi  – 5 malam

Market & Picnic telah memilih beberapa vendor yang menjual makanan dan minuman homecook yang unik untuk anda nikmati. Di sana anda akan lihat minuman kopi isitmewa buatan sendiri, teh bunga, kek, pastri, makanan panas, makanan organik bayi, kraf sulaman, batik dan banyak lagi.


The Gastro Alley

Tempat: The Gasket Alley
Tarikh: 10 Mac
Masa: 11 pagi – 10 malam

The Gastro Alley akan menganjurkan fiesta makanan yang menghidangkan makanan popular daripada vendor terkenal dan juga aktiviti yang menyeronokkan untuk semua. Dari daging barbeku Mom’s BBQ Kuala Lumpur kepada ais krim Softsrve dan popiah goreng oleh The Mothership KL, semua makanan kegemaran anda dihidangkan di sana.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker