Teknologi

Gaming Bakal Ke Sukan Olimpik?

“Saya dah mati,” kata seorang pelajar di Sekolah Teknik Lanxiang di wilayah timur Jinan, ketika rakan-rakan sekelasnya masih asyik bermain permainan komputer.

Kebanyakan guru pasti tidak akan menyukai pelajar yang bermain video game ketika sedang menghadiri kelas. Namun begitu, perkara sebaliknya sedang berlaku di sebuah insitusi pengajian yang terletak di timur China.

Pelajar Sekolah Teknik Lanxiang sedang menghadiri kelas eSports

Lapor The Star, ia merupakan sebahagian daripada rancangan untuk melatih bakal juara sukan eSports dan menyertai industri yang semakin berkembang itu.

Dahulunya dikaitkan dengan golongan  remaja yang hanya terkurung  di dalam bilik tidur mereka, eSports kini melibatkan peserta bertarung dalam kejohanan video game yang lumayan serta sedang berkembang dengan pesat.

GAMING-SEKTOR YANG SEMAKIN BERKEMBANG PESAT

Sebuah syarikat penyelidikan Internet, China iResearch menganggarkan terdapat 260 juta individu yang aktif menyertai permainan eSport atau menonton pertandingan ini di China.

Firma penyelidikan pasaran Newzoo menganggarkan bahawa industri itu sedang berkembang dengan pesat dan akan mengaut pendapatan global sebanyak AS $ 906 juta (RM3.5 bilion) pada tahun 2018. Yang mana, penyertaan dari China sahaja akan menyumbang sebanyak 18%.

Gaming merupakan sejenis sukan berpasukan di 910 buah universiti di seluruh China. Hal ini menyebabkan terdapat peningkatan dalam penubuhan institut pendidikan, seperti Lanxiang Technical  yang sedang bergiat aktif mengajar kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan eSports.

Lebih kurang 50 orang  pelajar telah mendaftar untuk menyertai kursus eSports yang telah dilancarkan  di insitusi itu pada September lalu.

Terang pengarah fakulti Rong Lanxiang, “kebanyakan ibu bapa menyangka ia hanya tentang bermain permainan video. Namun pemikiran ini tidak tepat. eSports sedang berkembang ke tahap yang tinggi dan kini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi. “

League of Legends merupakan salah satu game yang paling banyak penyertaan di dunia yang menggunapakai strategi di mana pemain bertempur dengan satu sama lain di dalam arena digital.

Permainan first person shooter seperti Overwatch dan Counter-Strike juga merupakan sukatan pelajaran  yang penting dalam kursus ini.

“Saya rasa kursus ini mempunyai potensi yang cerah,” kata Teng Xin seorang pelajar di Lanziang Technical, yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 20 jam tempoh bermain dalam masa seminggu.

Kursus eSports yang disertai beliau adalah untuk tiga tahun. Pada tahun pertama, 50% daripada kelas yang diambil adalah tentang gaming dan 50% adalah tentang teori bagaimana untuk berjaya dalam industri ini.

Selepas tahun pertama, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Pelajar terbaik dilatih untuk menjadi pemain profesional manakala mereka yang lain diajar kemahiran seperti pengurusan majlis, pemasaran dan coaching.   

Menurut kajian yang dijalankan firma data tempatan CNG, seramai 50,000 orang kini bekerja di dalam Industri eSports di China, namun bidang ini berpotensi menggajikan lebih 260,000 orang penduduk di China.

Yuran pengajian bagi kursus ini adalah sekitar 13,000 yuan (RM8,000) setahun.  Harga ini agak berpatutan untuk yuran pengajian di China. Malah, pelajar cemerlang yang terpilih untuk mewakili insitusi mereka dikecualikan daripada membayar yuran pengajian.

Hal ini jauh berbeza daripada sedekad yang lalu, ketika kerajaan negara tersebut terlalu risau akan keadaan belia menghabiskan terlalu banyak masa dalam talian sehinggakan mereka menyistiharkan ketagihan Internet sebagai sebuah gangguan klinikal.

 Malah terdapat undang-undang yang telah dirangka untuk mengehadkan masa dalam talian.

Hari ini, China adalah pasaran utama bagi sektor eSports. November lalu, lebih daripada 40,000 orang peminat telah beramai-ramai ke Stadium Olimpik Bird’s Nest di Beijing untuk menonton perlawanan peringkat akhir League of Legends peringkat antarabangsa.

ESPORTS BAKAL DIJADIKAN SUKAN OLIMPIK

eSports bakal dijadikan sebagai sukan yang layak menerima pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou, serta dalam proses untuk dijadikan sebagai sebuah kategori sukan pada peringkat Olimpik.

Kursus eSports juga sedang mula berkembang di tempat lain di luar negara. Universiti Staffordshire di Britain merancang untuk melancarkan kursus gaming September ini.   Terdapat juga universiti-universiti di Finland dan Moscow yang sudah menawarkan kursus ini. Malah, wujud Akademi eSports di Nantes, Perancis.

Teng Xin meramalkan, “pada masa hadapan, eSport akan menjadi lebih popular daripada aktiviti sukan lain seperti bola keranjang dan bola sepak.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker