Isu SemasaTempatan

Anugerah ReignITE Memperkasakan Wanita

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia bertemakan #PressforProgress tahun ini, Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) telah melancarkan buat pertama kali Anugerah Career Comeback ReignITE.

MENGIKTIRAF SOKONGAN MAJIKAN BAGI WANITA YANG INGIN KEMBALI BEKERJA

Anugerah tersebut dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), juga menyokong pengumuman kerajaan yang mengatakan bahawa tahun 2018 adalah Tahun Memperkasakan Wanita.

Lapor akhbar New Straits Times Anugerah itu dianugerahkan kepada lima syarikat iaitu Kumpulan Maybank, Mydin Mohamed Holdings Bhd, Keysight Technologies,  Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd, dan PwC Malaysia.

“Wanita adalah kunci bagi kemajuan sosial dan ekonomi di Malaysia. Kami dengan sukacitanya mengiktiraf pihak majikan di Malaysia yang telah melabur secara besar-besaran dalam memperjuangkan dasar serta amalan yang seimbang tentang keluarga dan kerja.

“Anugerah ini juga bagi majikan yang menunjukkan keterbukaan dalam menggaji semula wanita yang pernah berhenti kerja untuk menumpukan perhatian pada keluarga mereka,” kata ketua pegawai eksekutif TalentCorp,  Shareen Shariza Abdul Ghani dalam satu kenyataan.

Tambahan lagi, menurut kenyataan tersebut, walaupun kaum hawa mewakili separuh penduduk negara serta 62 peratus daripada kemasukan di IPTA, namun perkara yang sebaliknya berlaku dalam dunia pekerjaan.

Lapor kenyataan itu lagi, wanita-wanita ini mempunyai potensi untuk meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) di Malaysia daripada RM6 bilion sehingga RM9 bilion.

Kerajaan juga telah menyasarkan menjelang akhir tahun ini, sekurang-kurangnya 30 peratus jawatan seperti pengarah dalam syarikat GLC (Government Linked Companies), GLIC (Government Linked Investment Companies) dan badan berkanun diisi oleh kaum hawa.

Menurut kenyataan itu lagi, jadi adalah penting untuk terus menarik, memupuk dan memastikan bakat wanita mahir kekal di  negara ini, terang kenyataan tersebut.

TALENTCORP MEMBANTU WANITA YANG INGIN KEMBALI BEKERJAYA

Antara inisiatif utama TalentCorp termasuklah Program Career Comeback (Kembali ke Alam Kerjaya) yang dilancarkan pada tahun 2015 untuk memudahkan dan meningkatkan peluang kerjaya bagi wanita yang ingin kembali bekerja

Sehingga kini, program ini telah membantu lebih daripada 600 orang wanita yang ingin kembali bekerjaya dalam pelbagai bidang.

Sejak tahun 2013 lagi, TalentCorp telah berganding bahu dengan pelbagai perusahaan terkemuka untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik (hal ini termasuklah kaum hawa) menerusi pelaksanaan amalan keluarga-kerja yang seimbang dan amalan-amalan lain.

“Kita mesti bersama-sama berganding bahu untuk memberi sokongan tentang agenda nasional yang berkaitan dengan pemerkasaan wanita,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada majlis penyampaian anugerah itu.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker