AntarabangsaIsu SemasaTempatan

Wanita Lebih Yakin dan Bercita-Cita Tinggi

Wanita bercita-cita tinggi

Laporan yang berjudul ‘Time to talk: what has to change for women at work’ (Masa untuk berbincang: apa yang perlu berubah untuk wanita di tempat kerja), mendedahkan bahawa wanita lebih yakin, bercita-cita tinggi dan bersedia untuk menghadapi segalanya.

Bagi menandakan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac, PricewaterhouseCoopers (PwC) telah meninjau lebih 3,600 wanita dalam bidang profesional berumur antara 28 hingga 40 tahun untuk mengkaji pengalaman perkembangan kerjaya dan aspirasi mereka.

Namun kebanyakannya tidak yakin majikan mereka tulus dalam membantu mereka memperkembangkan kerjaya.

Menurut tinjauan tersebut, sebanyak 82% wanita yakin mereka boleh mencapai aspirasi kerjaya.

Halangan

45% wanita percaya status kepelbagaian pekerja (jantina, etnik, umur, pilihan seksual) boleh menjadi halangan untuk mereka meningkat dalam kerjaya.

Hanya 51% wanita bersetuju bahawa majikan telah melakukan yang secukupnya untuk memajukan kepelbagaian jantina (gender diversity).

Namun, 42% berasa risau tentang kesan memulakan keluarga kepada kerjaya mereka.

48% daripada mereka pula yang baharu digelar ibu berasa terpinggir apabila tibanya masa untuk kenaikan pangkat sewaktu mereka kembali bekerja.

58% berkata ketulusan (transparency) adalah langkah yang penting buat majikan.

Ketulusan bermakna syarikat tersebut perlu memberi kefahaman yang jelas tentang jangkaan mereka untuk pekerja wanita dan lelaki.

Ini termasuk maklumat mengenai perkembangan kerjaya, dan mengadakan perbualan terbuka tentang status pekerja dan apa yang diharapkan daripada mereka untuk terus maju ke hadapan.

Majikan prihatin

Pengerusi Global PwC, Bob Moritz berkata para pemimpin harus memberi tumpuan kepada mewujudkan persekitaran di mana wanita dan lelaki boleh mengadakan perbincangan terbuka.

“Tindakan tambahan diperlukan untuk memacu perubahan. Ia mesti bersatu dengan usaha untuk mengurangkan mana-mana bias dan stereotaip tradisional jantina yang mempengaruhi kejayaan dan kemajuan kerjaya di tempat kerja di seluruh dunia,” katanya.

Tiga aspek

PwC mengetengahkan tiga kawasan dalam organisasi yang harus ditumpukan perhatian bagi membantu wanita memajukan kerjaya mereka; ketulusan dan kepercayaan, sokongan strategik, serta kehidupan, penjagaan keluarga dan pekerjaan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker