AntarabangsaHiburan

Tentang Meghan Markle Dan Perkahwinannya Kepada Putera Harry

Perkahwinan Diraja ini telah menjadi perbualan ramai penduduk Britain sejak Putera Harry dan pelakon Meghan Markle mengumumkan pertunangan mereka.

Ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan majlis perkahwinan pasangan ini yang bakal berlangsung pada 19 Mei. Kemungkinan besar bulan Mei dipilih disebabkan ia merupakan bulan mereka berjumpa buat kali pertama.

Di sini, kami senaraikan beberapa perkara tentang Meghan Markle dan majlis perkahwinannya yang and mungkin tidak tahu:

  1. Rachel Meghan Markle, dahulu pernah bekerja sebagai ahli kaligrafi professional dan  juga sebagai penulis blog. Beliau pernah menulis untuk sebuah blog The Tig yang merangkumi topik-topik seperti makanan, percutian, fesyen dan kecantikan.

2. Antara perkara menarik tentang Meghan Markle, menurut Myheritage.com, beliau mempunyai talian  persaudaraan jauh dengan William Shakespeare dan Winston Churchill.

3. Meghan dan Putera Harry diperkenalkan oleh seorang rakan, iaitu pereka fesyen Misha Nonoo, yang merupakan isteri kepada kenalan lama Putera itu.

4. Putera Harry telah menghadiahkan sebentuk cincin yang di buat oleh Cleave and Company dihiasi berlian dari Botswana di tengah-tengah dan dua lagi berlian kecil milik arwah ibunya, Diana, Puteri Wales.

5. Perkahwinan ini akan berlangsung di Chapel St George yang terletak di Windsor Castle. Tempat ini juga adalah di mana perkahwinan bapanya Putera Charles dan Camilla Parker Bowles diadakan.

6. Selepas upacara perkahwinan dijalankan, pasangan tersebut akan menaiki kereta kuda bermula dari St. George’s Chapel ke Windsor Town dan kemudian kembali ke Windsor Castle.

“Mereka berharap perjalanan pendek ini akan memberi peluang kepada khalayak ramai untuk berkumpul di sekitar Windsor dan menikmati suasana hari istimewa ini,” kata istana itu.

7. Perkahwinan ini bakal diadakan pada tarikh yang sama dengan perlawanan akhir FA Cup  dan Prince William. Sebagai presiden Football Association, beliau dijadualkan untuk mempersembahkan trofi tersebut tetapi  kemungkinan besar Prince William perlu melepaskan tugas itu.

8. Putera Harry dan Meghan akan menetap di Nottingham Cottage yang terletak di Kensington Palace selepas perkahwinan mereka.

9. Meghan juga telah dibaptiskan pada 6 Mac dalam majlis tertutup di Chapel Royal di St. James Palace.

10. Bakal pasangan Diraja ini telah menjemput 2,640 tetamu ke persekitaran Windsor Castle. 1,200 daripada angka itu adalah orang awam.

11. Antara orang ternama yang dikatakan telah dijemput hadir ke perkahwinan mereka adalah bekas pemimpin negara Amerika Syarikat, Barack Obama dan isterinya Michelle.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker