AntarabangsaIsu Semasa

6 Sebab Mengapa Bank Menolak Permohonan Pinjaman Anda

Membuat pinjaman bank adalah perkara biasa apabila kita ingin memulakan perniagaan, membeli rumah atau kenderaan dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, permohonan anda cenderung untuk ditolak oleh bank sekiranya berlaku 6 masalah seperti berkut:

 

1. REKOD CCRIS YANG BURUK

Mempunyai rekod yang buruk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tidak semestinya bermakna bahawa anda gagal memenuhi komitmen pinjaman semasa anda.

Ia juga mungkin berpunca daripada tindakan undang-undang (atas kesalahan-kesalahan tertentu) yang dikenakan ke atas anda yang direkodkan dalam akaun perhatian khas, ataupun pinjaman itu mungkin telah distruktur atau dijadualkan semula.

Jika berlaku perkara ini, pihak bank akan menganggap skor kredit anda rendah, sekali gus menolak permohonan pinjaman baru yang ingin dilakukan.

 

2. PENGGUNAAN KAD KREDIT MELEBIHI HAD

Sesetengah pemegang kredit kad mungkin telah menggunakannya melebihi had maksimum yang ditetapkan.

Sebagai contoh, had kad kredit adalah RM 10,000, namun penggunanya telah membelanjakan RM 10,599.

Namun jika pengguna hanya menggunakan 70% daripada had maksimum sekali pun, dia akan masih dianggap “tiada wang” atau “cashless” oleh bank kerana kemampuannya untuk membayar semula pinjaman itu kurang terjamin.

 

3. BAKI GAJI YANG SEDIKIT DI DALAM AKAUN

Pada kebiasaannya, pendapatan anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada setiap bulan.

Namun, kemungkinan untuk permohonan pinjaman anda diluluskan adalah agak mustahil jika baki anda sudah tinggal sedikit dalam tempoh yang sangat dekat.

Lebih memburukkan keadaan, anda tidak membuat sebarang tabungan/pelaburan dalam Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

 

4. STATUS PEKERJAAN

Tidak kira di mana pun anda bekerja, perkara yang paling penting sekali adalah untuk memastikan bahawa anda mempunyai surat pengesahan terkini yang membuktikan anda masih lagi bekerja di sesuatu tempat itu.

Jika anda bekerja di bawah kontrak dan masih belum diambil sebagai pekerja tetap selepas tempoh tiga tahun, bank akan menganggap ia ‘tidak selamat’ untuk meluluskan permohonan anda.

Perkara ini juga boleh terjadi sekiranya majikan anda gagal membayar KWSP pada masa yang ditetapkan.

 

5. GAJI SELESA BUKAN PENJAMIN

Slip gaji anda akan memainkan peranan yang amat besar dalam menentukan sama ada permohonan pinjaman anda akan diluluskan atau sebaliknya.

Pihak bank juga sangat terperinci dalam meneliti slip gaji yang dikemukakan memandangkan mereka selalunya akan meminta slip yang terkini.

Walaupun mempunyai gaji yang selesa, ia tidak bermakna anda mampu menanggung komitmen bulanan sebanyak RM 1,500 untuk pinjaman bernilai RM 300,000.

 

6. KOMITMEN YANG TINGGI

Jika anda sudah pun mempunyai komitmen bulanan yang tinggi, bank selalunya tidak akan mengambil risiko untuk meluluskan pinjaman anda, kerana khuatir anda akan dapat melakukan pembayaran semula.

Dalam pada itu, “hutang jahat” yang anda miliki juga berpotensi ‘menyekat’ peluang anda untuk melakukan pinjaman baru.

“Hutang jahat” adalah pembiayaan hutang seperti membeli kenderaan, kad kredit, ansuran mudah serta pinjaman peribadi yang dikira sebagai liabiliti.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker