Gaya HidupMakan & Minum

Keropok Lekor dan Nasi Dagang Laris Di Kota London

Baru-baru ini makanan yang sinonim dengan negeri Terengganu seperti nasi dagang dan keropok lekor telah mula di eksport ke peringkat antarabangsa oleh syarikat milik kerajaan Terengganu iaitu Terengganu Kitchen Sdn Bhd.

Sebagai permulaan, kerajaan Terengganu telah menghantar kira-kira 20,000 pek nasi dagang dan keropok lekor ke London dan telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk di sana.

Menurut The Star, pek nasi dagang dijual pada harga RM21 (£4) setiap satu. Bagi keropok lekor pula setiap pek dijual pada harga RM 19 (£3.50) di kota England itu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata mereka berharap menu ini akan terus berkembang dan memperlihatkan makanan seperti ikan celup tepung, ikan singgang serta kuih muih tempatan dijual di sana.

Tambahnya lagi, negeri itu juga berharap untuk membuka sembilan cawangan Chicken Cottage di pasaran global secara berperingkat.

Enam daripada cawangan tersebut akan dibuka di Dubai dan cawangan lain pula akan dibuka di Algeria, Jerman dan United Kingdom.

Chicken Cottage adalah restoran makanan segera milik TI Global Food Holdings Ltd yang diambil alih oleh Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.

Ia dibuka kali pertama di London pada 1994 dan menghidangkan menu halal. Kini terdapat 121 cawangan di seluruh dunia.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker