Gaya HidupKesihatan

Dilema Penghidap Hiperhidrosis

Disebabkan tapak tangannya yang terlalu berpeluh, Iskandar (bukan nama sebenar) berhadapan reaksi yang sama setiap kali dia bersalaman dengan seseorang.

Iskandar ingat keadaan yang dihadapinya biasa sahaja, jadi dia sering bawa sapu tangan bersamanya untuk mengelap peluh, namun lama-kelamaan keadaannya menjadi semakin teruk. Sampaikan dia perlu bawa sehelai kertas bersamanya jika dia menduduki peperiksaan, jika tidak kertas soalannya akan lencun dibasahi peluh.

“Keadaan ini menyukarkan kerana tapak tangan  saya sering mengalami peluh melampau malah tubuh saya menitiskan peluh seperti paip air!” Iskandar berkongsi tentang keadaannya.

Menurut laman web Malaysian Digest, sukar baginya untuk mengimbas ibu jarinya jika melakukan transaksi di bank, hal ini kerana jarinya yang berpeluh menyukarkan ibu jarinya diimbas.  Malah, dia terpaksa menggunakan garpu dan sudu, disebabkan terasa masin apabila makan dengan tangan.

HIPERHIDROSIS MENGUGAT KEYAKINAN PESAKIT

“Saya tidak selesa dengan diri saya. Tangan dan kaki saya sentiasa berpeluh dan saya mengalami masalah bau badan.”

Hanya ketika di universiti ketika Iskandar datang ke klinik untuk menerima rawatan untuk demam biasa, doktor yang merawat perasan akan tangannya yang berpeluh. Rupanya dia menghidap penyakit perpeluhan yang kronik, iaitu hiperhidrosis.

Berpeluh merupakan cari semulajadi bagi tubuh menyejukkan diri. Namun terdapat mereka yang berpeluh lebih banyak daripada yang sepatutnnya,  hal ini  terang Clique Clinic digelar sebagai hiperhidrosis.

Walaupun ia merupakan masalah fizikal, hiperhidrosis boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang dari segi psikologi, emosi, dan sosial.

Menurut Dr. David Khoo Sin Keat, Perunding Kardiovaskular dan Pakar Bedah Torasik di Pusat Perubatan iHeal di Kuala Lumpur,  ia adalah sebuah keadaan di mana seseorang berpeluh  secara berlebihan pada bahagian tertentu.

Terangnya, “keadaan ini disebabkan terdapat keganjilan pada cara sistem saraf parasympathetic berfungsi. Sistem saraf ini mengawal perpeluhan, adrenalin rush, keresahan dan degupan jantung”.

Hidrosis dibahagikan kepada dua kategori mengikut bahagian tubuh yang terjejas iaitu:

Primary Focal Hyperhidrosis

Peluh berlebihan tertumpu pada pada kaki, tangan, muka, kepala, dan bahgian bawah lengan serta biasanya bermula dari zaman kanak-kanak. Kira-kira 30 hingga 50 peratus individu yang mempunyai penyakit jenis mempunyai ahli  keluarga dengan penyakit yang sama.

Secondary Generalized Hyperhidrosis

Jenis yang ini adalah disebabkan penyakit atau kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan tertentu. Ia biasanya dihidapi individu dewasa.  Hyperhydrosis jenis ini boleh menyebabkan seluruh tubuh berpeluh secara belebihan, atau tertumpu hanya pada satu bahagian badan. Individu juga mungkin berpeluh secara berlebihan ketika sedang tidur.

Menurut Healthline, antara keadaan perubatan yang boleh menyebabkan hyperhidrolisis jenis ini termasuklah, penyakit jantung,  barah,  gangguan pada kalenjar adrenal, angin ahmar, putus haid dan  penyakit berjangkit seperti batuk kering dan HIV.

Ujar Medical News Today, antara tanda-tanda dan gejala hiperhidrosis adalah:

  • Tapak tangan dan tapak kaki yang lembap.
  • Berpeluh dengan kerap.
  • Berpeluh dengan ketara, yang jelas kelihatan menerusi pakaian.

Disebabkan kulit individu tersebut sentiasa lembap ia boleh menyebabkan  kulit mereka mudah terdedah kepada keretakan dan jangkitan. Antara komplikasi yang disebabkan hiperhidrosis adalah:

  • Jangkitan pada kuku: Terutama pada kuku jari kaki.
  • Ketuat: Sejenis ketumbuhan pada kulit yang disebabkan oleh HPV (humanpapillomavirus).
  • Jangkitan bakteria: Terutamanya di sekitar folikel rambut dan di antara jari kaki.
  • Ruam haba: Sejenis ruam merah pada kulit yang berasa gatal dan pedih. Ia terjadi apabila saluran peluh tersumbat dan peluh terperangkap di bawah kulit.

RAWATAN BAGI  HIPERHIDROSIS

Individu tersebut mungkin dirujuk pada pakar kulit, atau ahli dermatologi. Mereka mungkin akan  mencadangkan:

Rawatan Iontophoresis – Di mana tangan dan kaki akan direndam dalam semangkuk air. Sejenis arus elektrik (tidak berbahaya) akan dilalukan pada air tersebut. Satu kali rawatan memerlukan 20-30 minit. Seorang pesakit memerlukan dua hingga empat rawatan.

Toksin Botulinum (suntikan Botox) – Ia menyekat saraf yang mengaktifkan kelenjar peluh. Pesakit mungkin memerlukan beberapa suntikan untuk sebelum prosedur ini menunjukkan hasil.

Ubat antikolinergik – Ubat-ubatan ini menghalang penghantaran isyarat pada saraf parasympathetic. Secara amnya pesakit boleh melihat pengurangan pada gejala dalam masa 2 minggu.

Pembedahan ETS (Endoscopic thoracic sympathectomy) – Pembedahan ini hanya disyorkan sebagai langkah terakhir bagi mereka yang tidak menunjukkan tindak balas kepada rawatan lain. Bagi prosedur ini, saraf yang menghantar isyarat kepada kelenjar peluh akan dipotong, hal ini akan meyebabkan kalenjar tersebut berhenti berpeluh.

ETS digunakan untuk merawat hiperhidrosis pada muka, tangan atau bawah lengan. ETS tidak disyorkan untuk merawat hiperhidrosis pada kaki kerana terdapat risiko bahawa prosedur ini boleh menyebabkan gangguan pada organ seksual.

Rawatan Iontophoresis

Kesedaran tentang perkara ini di Malaysia masih pada tahap yang rendah. Namun begitu cuaca di Malaysia  yang panas dan lembap menyumbang kepada bilangan pesakit yang terdapat di sini.

Antara organisasi yang boleh dihubungi untuk mendapatkan lebih maklumat serta bantuan tentang penyakit ini adalah Persatuan Hiperhidrosis Malaysia dan laman web tempatan seperti wethandsclub.com dan sweatconnections.com.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker