AntarabangsaIsu SemasaTeknologi

Aplikasi Untuk Wanita Mengandung Cari Tempat Duduk Dalam Tren

Kereta api Tokyo yang terkenal dengan keadaannya yang sibuk dan sesak telah menyebabkan wanita mengandung sukar untuk mendapat tempat duduk.

Kini, aplikasi baharu khas untuk wanita mengandung telah dicipta oleh Dai Nippon Printing bagi menghubungkan golongan ini dengan penumpang berdekatan yang boleh menawarkan tempat mereka.

Menangani dua masalah

Aplikasi yang sedang dalam peringkat percubaan ini bertujuan untuk menangani dua masalah yang sering berlaku di metro Jepun iaitu penumpang terlalu fokus kepada telefon bimbit dan bercakap di dalam tren dilarang sama sekali.

Perkhidmatan ini membenarkan wanita mengandung untuk menghantar mesej apabila mereka mahu mencari tempat duduk. Kemudian sebuah mesej akan dihantar kepada pengguna berdaftar jika mereka mahu menawarkan tempat mereka.

Jika terdapat padanan, wanita tersebut ditunjukkan peta di mana lokasi kerusi itu berada.

Selamat

Pertukaran ini juga selamat kerana ia tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada sesiapa.

“Ini mungkin khas kepada Jepun, tetapi sesetengah orang teragak-agak untuk bersuara jika mereka mahukan tempat duduk,” kata jurucakap DNP.

Tambahnya lagi, mereka mengambil kesempatan situasi di mana kebanyakan penumpang sentiasa menumpukan sepenuh perhatian kepada telefon pintar jadi kebanyakannya tidak sedar jika terdapat seseorang di sekeliling yang memerlukan tempat duduk.

Tarikh pengeluaran perkhidmatan ini belum lagi ditentukan tetapi DNP berharap mereka dapat meluaskan perkhidmatan ini kepada warga emas serta orang kurang upaya.

Menurut AFP, Jepun adalah antara negara yang mengalami kadar kelahiran terendah di dunia dan pihak berkuasa sedang mencuba beberapa dasar baharu untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk beranak.

Show More

Related Articles

Back to top button