Isu SemasaTempatan

12 Perkara Yang Perlu Ada Pada Diri Anda Jika Mahu Menjadi Doktor Perubatan

Keputusan STPM baru sahaja keluar dan tidak lama lagi keputusan SPM pula. Apakah matlamat anda seterusnya?

Jika ada yang mempunyai cita-cita menjadi seorang doktor, 12 perkara ini harus ada pada diri anda:

  1. Mempunyai pemahaman yang baik dalam Bahasa Inggeris
    Ini adalah kerana kebanyakan buku rujukan dan sumber pembelajaran adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jika anda kurang menguasai bahasa tersebut, anda perlu berusaha lebih berbanding orang lain.
  2. Mempunyai minat mendalam dalam perubatan
    Perubatan merangkumi pembelajaran tentang kesan sesuatu ubat, segala penyakit manusia serta bagaimana tubuh manusia berfungsi. Jika tidak minat salah satu, mungkin anda perlu fikirkan kerjaya lain.
  3. Meninggalkan kegiatan sosial dan bekerja lebih masa
    Bukanlah sebagai seorang doktor perubatan bermakna anda tidak boleh bersosial. Namun, kemungkinan besar untuk anda tidak mempunyai masa yang cukup adalah besar apabila anda perlu bekerja lebih masa. Adakalanya juga anda perlu bersiap sedia dipanggil untuk bertugas pada waktu yang tidak dijangka.
  4. Memiliki sifat tabah dan sabar
    Setiap graduan perubatan perlu menjalani latihan di hospital namun akibat daripada lebihan graduan perubatan setiap tahun, kekosongan bagi jawatan pegawai perubatan di hospital kerajaan di Malaysia mempunyai had dan anda perlu tunggu sehingga dipanggil.
  5. Mempunyai emosi yang stabil
    Cabaran menjadi seorang doktor bukan sahaja dari mengenal dan mencari penawar penyakit tetapi anda perlu menangani pelbagai tekanan yang mungkin datang daripada ketua jabatan, pesakit malah rakan sekerja mahupun kakitangan.
  6. Mempunyai hubungan peribadi yang baik
    Anda perlu pandai berkomunikasi dengan jujur dan amanah apabila menjadi seorang doktor. Jika anda menjadi seorang pesakit, sudah tentu anda tidak suka berdepan dengan doktor yang kurang ajar ataupun bengis.
  7. Cepat membuat keputusan
    Sebagai seorang doktor anda perlu yakin, cepat dan pandai membuat keputusan dalam setiap diagnosis dan analisis tanpa mencampurkan emosi di dalam setiap keputusan.
  8. Bijak mengurus masa
    Sebagai seorang doktor perubatan masa adalah penting. Jika lambat, banyak perkara tidak dapat selesaikan dan semakin lama waktu menunggu pesakit yang sedang merana.
  9. Bijak berkomunikasi
    Kadang-kadang ia bukan sesuatu yang mudah untuk pesakit menceritakan masalah yang mereka hadapi terutamanya perkara yang agak memalukan. Sebagai seorang doktor, anda perlu pandai membaca bahasa tubuh, riak wajah, pandangan mata dan tona bahasa.
  10. Sentiasa cerdas
    Minda anda perlu sentiasa cerdas dan beri sepenuh tumpuan dalam setiap hal.
  11. Mempunyai sifat belas kasihan
    Adalah perlu untuk anda mempunyai perasaan simpati dan sayang akan diri sendiri, pesakit dan juga rakan sekerja tidak kira jantina atau bangsa.
  12. Daya tahan yang tinggi
    Sebagai seorang doktor perubatan, anda tidak akan lari daripada tekanan dan dikejar oleh masa. Perkara-perkara ini akan membuatkan anda cenderung stress. Oleh itu, anda perlu mempunyai daya tahan yang tinggi menangani setiap masalah yang datang.

Adakah anda bersedia untuk mengambil bidang perubatan?

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button